KEK SPAN COKLAT LAPIS CREAM

KERANA DIA SUKA KEK...

 Assalamualaikum.. selamat malam..  Ita nak kongsikan satu resepi kek span yang Ita lapiskan dengan cream. sedap pada selera Ita dan anak lelaki Ita, Adam. Berbanding kakaknya, Avien. Kakak tak sukakan sebarang kek coklat. Tiap kali Ita membuat kek coklat, dia tak akan menjamahnya langsung kerana dia memang tak sukakan kek coklat. Tapi kalau coklat dia boleh suka pulak. Jadi selalunya Ita kenalah buat kek2 lain untuk dia. Berbeza dengan hubby, semua jenis kek dia boleh makan tetapi dengan kuatiti yang sedikit. Kerana hubby lebih gemarkan kuih muih tradisional.

Jadi, umi nya inilah yang pening nak menyediakan hidangan yang boleh menepati selera masing-masing. namun tidaklah sampai hubby tak makan langsung kek-kek yang Ita buat. Cumanya.., jika dibandingkan dengan anak-anak yang boleh habiskan separuh kek sekali makan, hubby bolehlah habiskan sepotong dua ajer..hehehehe.. 

Untuk hubby, Ita tak terasa terbeban sangat kerana kuih muih tradisional lebih mudah dan cepat untuk dibuat. Nak-nak kalau berasaskan kari seperti makaroni bakar atau karipap memang hubby gemar sangat. Selera hubby ini di warisi oleh Adam yang memang pengemar kari tegar, hahaha.. sampaikan kalau makan kari kat kedai dia memang dah boleh komen dah, yang mana kari sedap dan yang mana kari yang tak kena dengan selera dia..hihihihi..


 Ita suka memasak apa yang menjadi kegemaran suami dan anak-anak.  Adam, satu satu nya anak lelaki kesayangan Ita memang sukakan kek. Kalau dulu, Ita selalu sibuk dan pulang lewat malam ke rumah, tak sempat nak buat kek untuk Adam. Jadi Ita belikan ajer kat Secret Recepi.. Cukup sebiji kek tu untuk seminggu Adam habiskan. Tapi bila dah ada masa macam ni dan anak perempuan pun ada di rumah, maka sempatlah Ita menyediakan kek kegemarannya ini.

Kek kali ini tak susah sangat nak membuatnya. Ita langsung tak meletakkan topping coklat nya kat atas. Bukan apa, gara-gara tak rajin lah ni. Cukup Ita letakkan ajer cream coklat sahaja. Pun dah memadai bagi Adam.. bertambah-tambah jugak dia, hihihi..


 Jom Ita kongsikan resepinya ya.

Bahan-bahan untuk kek span:
 4 biji telur
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
1 sudu kecil baking powder
15 gm ovelette
50 gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila

cara nya:


  1. Satukan tepung kek, baking powder, serbuk koko dan ayak.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak jagung ke dalam pemutar kek, dan putar hingga gebu.
  3. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  4. Alaskan loyang 8 inci dengan alas dan sapu minyak jagung.
  5. Tuangkan adunan dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170C.
  6. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit.
  7. Bila masak, angkat dan sejukkan diatas redai kek.
  8. Bila sejuk potong kek sebanyak 3 lapis.



Krim Coklat

Bahan-bahannya:

3 biji kuning telur
120 gm mentega
4 gm gelatin
50 ml air
150 gm coklat masakan
300 gm krim bukan tenusu

Caranya:

  1. Larutkan gelatin.
  2. Cairkan coklat masakan.
  3. Putar kuning telur dan kemudian putar sambil kaedah kukusan.
  4. Masukkan gelatin. Putar lagi.
  5. Dalam bekas lain putar mentega hingga kembang dan masukkan adunan telur tadi.
  6. Kemudian kacau sebati.
  7. Masukkan coklat cair dan kacau lagi hingga sebati.
  8. Dalam mangkuk lain, putar krim bukan tenusu hingga kembang. 
  9. Masukkan adunan telur dan coklat tadi kedalam adunan krim bukan tenusu dan kacau kaedah kaup balik hingga rata.
  10. Bolehlah disapukan ke atas kek tadi dengan tiga lapisan dan sekeliling kek.
  11. Simpan kek didalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong.
Hehehe.. buat kek ni kena sabar banyak ya. Sebab tu Ita suka panggil kek ni, kek dua hari. sebab dua hari baru siap. Siap bermalam lagi, hehehe..


Macam mana? okey tak? Nampak cam sedap jer.. tunggu apa lagi..jom kita rasa..

Okey teman-teman.. hingga jumpa lagi. Selamat mencuba ya.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts