Saturday, 4 April 2015

SIAKAP GORENG MANGGA

KERANA MANGGA KU YANG LEBAT..


 Assalamualaikum.. apa khabar semua sahabat maya Ita malam ni. Harap semua dalam sihat sejahtera dan gembira selalu ya. Malam ni rasanya tak mahu celoteh panjang-panjang kerana Ita terasa nak makan kuih pulak malam ni. Jadi kejap lagi Ita kena ke dapur walaupun jam dah menunjukkan pukul 9 malam, hihihi..


Kalau ada encik suami, tentu dia akan cakap..tak payah lah, nanti-nanti esok awak buat lah..hihihi.. nasib baik dia takde..bebas lah Ita menari-nari kat dapur sorang-sorang.. Entah kenape terasa nak makan kuih pulak tekak Ita ni. Sebab tu, Ita suka simpan stok santan kotak banyak-banyak. Kan senang kalau tiba-tiba terasa nak makan macam ni..
 Emm.. kan dah janji tadi tak mahu celoteh panjang-panjang kan. Perempuan macam tu lah selalunya..kan?? pok pek..pok pek.. cakap banyak tak macam lelaki.. hihihi.. tapi sebenarnya Ita ni dalam hati jer cakap banyak tapi kalau mata bertentang mata takde banyak pun nak bercakap. Lidah kelu, tak terkata...hehehe..

Marilah Ita share kan resepinya ya..

SIAKAP GORENG MANGGA

Bahan-bahannya:
 1 ekor ikan siakap
1 biji mangga-kupas kulit dan hiris memanjang
3 biji cili padi-hiris
2 sudu besar cuka
1/3 cawan sos plum
3 biji bawang merah-hiris
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
sedikit air
Minyak untuk menggoreng ikan

Cara-caranya:

  1. Ikan disapukan dengan garam dan digoreng hingga masak.
  2. Gaulkan semua bahan kecuali mangga.
  3. Sesuaikan rasa masam manis yang dikehendaki.
  4. Masukkan mangga dan gaul sebati.
  5. Curahkan ke atas ikan tadi.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.


Okey.. dah siap ikan goreng mangga. Memang senang dan sedap. Masakan ini memang menjadi kegemaran keluarga Ita. Rasanya masam manis sos plum dengan keranggupan ikan siakap yang digoreng, aduhs!! memang tak terkata lah. Hihihihi...

Okey lah hingga jumpa lagi dilain masa ya.. dan selamat mencuba.

Assalamualaikum.