Saturday, 18 April 2015

KONVO ANAK PEREMPUAN

DIA TELAH DEWASA...


 Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi. Ceritera pagi ini agak basi sedikit tetapi sekurang-kurangnya tidak menghampakan pengunjung setia Ita dilaman ini. 

Pagi ini hubby terpaksa bertugas, maka dia tak mahu Ita menyediakan hidangan pagi terlalu awal memandangkan kesihatan Ita tak berapa baik akhir-akhir ini. Entah kat mana silapnya dah empat hari kesihatan Ita merosot. Terpaksa ke hospital lebih awal bulan ini. Ita bercadang untuk ke KPJ awal dari tarikh yang diberikan. Tetapi terpaksa menunggu hubby selesaikan kes-kes nya terlebih dahulu. Keadaan hubby yang sentiasa sibuk menjadikan Ita terpaksa akur dan bertahan dengan ubat tahan sakit.


Penderitaan yang terpaksa ditanggung bertahun-tahun menjadikan sakit itu, peneman setia Ita sepanjang hidup. Jika diberi kelegaan atau kurang kesakitan tu.., Ita bersyukur dan dapat melakukan tugas rumah yang ringan-ringan pun memadai. Terkadang tu, rasa hampir putus asa pun ada. Tapi., cepat-cepat Ita alihkan fikiran Ita dan mengingati Allah. Ya, Ita kena ingat, ujian datang dalam pelbagai bentuk dan jika ini ujian untuk Ita, Ita mesti redha.


Namun bukan sakit Ita yang Ita nak kongsikan pagi ini, tetapi cerita anak perempuan Ita yang telah tamat diploma pada bulan Mac lalu. Tarikh keramat, 3.03.2015 dia telah menghadiri majlis konvokesyennya  dan selesai sudah pengajian untuk tahap Diploma. Alhamdulillah, seawal  usia 21 tahun Ita telah berkahwin dan menjadi ibu muda pada tahun berikutnya. Tak terasa pun masa berlalu, sedar-sedar anak perempuan pertama Ita telah dewasa. Terasa cepat masa berlalu.


Umi berharap, agar kakak akan menyambung pelajarannya dengan jayanya dan mendapat kehidupan yang lebih sempurna di masa depan kakak nanti. Umi sebagai ibu, akan sentiasa mendoakan agar kakak dilimpahi rezeki Nya dan selamat dunia akhirat. Wahai anakku, sentiasa lah ingat kepada Maha Pencipta agar kemana sekalipun halatuju mu akan diiringi nur dan keberkatannnya.

Jadi lah contoh kepada adik-adik sebagai perangsang untuk mereka belajar bersungguh-sungguh. Tiada balasan yang umi harapkan, semua nya adalah untuk menjamin kehidupan mu yang selesa dan sempurna di masa depan.

Assalamualaikum..