MEE KARI

LAGI.., LAGI.., KARI..



Assalamualaikum.. salam sejahtera. Tengahari ni Ita dan anak-anak, tak makan nasi, kita makan mee jer.. bukan apa-apa sebab tak mahu kenyang sangat. Nanti malam nak makan lagi. Jadi Ita buat makanan yang ringkas-ringkas ajer.

Seperti entry Ita yang terdahulu, dah Ita berulang kali jugak ceritakan, memang rumah Ita berhantu dengan kari ni. Sehingga kan Ita merelakan diri untuk membeli mesin kelapa supaya senang kalau ada ahli keluarga yang order kari pada malam hari!! Namun stok santan kotak tetap ada..hihihi..

Hubby kalau dengan kari dia memang makan bertambah-tambah. Dah 23 tahun berada di sampingnya, peliknya dia tak pernah nak jemu dengan kari Ita. Itu lah yang dia minta setiap kali Ita cuba ubah hidangan kari nya kepada hidangan lain. kui!kui!kui!..

Bagi Ita pulak, Ita tak mahu menghalang keterujaannya bila berjumpa dengan kari. Malah Ita akan olahkan karinya itu ke bentuk lain seperti makaroni bakar, pau kari ayam, karipap dan roti kari ayam.. Dah itu pebret nya. Biarlah.. 


Jom Ita kongsikan resepinya ya.. Sebetulnya Ita sudah pernah kongsikan dahulu, tapi untuk memudahkan kawan-kawan Ita sertakan sekali lagi ya. Tapi nak Ita ingatkan, sila olahkan mengikut kegemaran masing-masing ya. Sebagai contohnya kalau sukakan kuahnya yang cair, tambahlah air lebih dari sukatan Ita ni ya. Begitu juga kalau nak pedas boleh tambah cili kisar.

MEE KARI

1 peket mee kuning
1 ikat sawi - dipotong dan dicelur
1 cawan isi kerang - di rebus masak
1 biji cili merah-dihiris
1/2 cawan bebola ikan-belah 2
1 keping tauhu-goreng dan potong
1 cawan taugeh-celur sekejap
400 gm ayam - potong kecil
2 sudu besar rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 kotak santan (200 ml)
1.5 liter air
1/2 kiub pati ayam (jika suka)
garam dan gula secukupnya
1/3 cawan minyak untuk menumis

Bahan kisar:

4 biji bawang merah
5 biji cili kering
3 ulas bawang merah
1 inci halia

Caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, bunga lawang dan kulit kayu manis.
  2. Bila naik bau, masukkan bancuhan rempah kari, biar sekejap hingga rempah kari masak.
  3. Masukkan ayam dan perlahankan api, tutup periuk. Biar hingga ayam empuk.
  4. Bila ayam empuk, masukkan air. Kalau nak cair masukkan air lebih ya..
  5. Bila mendidih masukkan santan.
  6. Masukkan garam dan gula dan sesuaikan rasanya. Boleh letak kiub pati ayam ya jika suka.
  7. Masukkan kerang dan bebola ikan.
  8. Hidang bersama tauhu goreng, hirisan cili merah, taugeh, sawi yang telah dicelur dan hirisan limau kasturi.
  9. Boleh juga dihidangkan dengan telur rebus.
Okey, sehingga jumpa lagi, dilain masa. Selamat mencuba.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts