MEE SUP

MEE SUP UNTUK DIA..


Assalamualaikum.., salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Semuga semuanya dirahmati Allah s.n.t. Ita nak kongsikan satu resepi menu malam tadi dengan kawan-kawan dan adik-adik khasnya. Tentu bagi adik-adik terasa susah nak masak masakan panas kan.. sebenarnya tak susah dik.  Simple sangat-sangat. Kak Ita kalau nak cepat dan tak ada banyak masa didapur, ini lah menu express kami. Kebetulan pulak resepi ni.., resepi kesukaan anak-anak dan suami jadinya acara memasak menjadi mudah. Tak perlu masak banyak jenis, cukup dengan satu hidangan ini sahaja.

Semalam.., kebetulan Ita tak berapa nak sihat. dari pagi sampai ke malam sakit datang menyerang dan tak hilang-hilang. Alhamdulillah.., pagi ni.., rasa berkurangan sedikit walaupun tak sembuh sempurna. 




Namun dengan adanya anak-anak disisi membuatkan kerja-kerja rumah menjadi lebih mudah. Alhamdulillah.., bolehlah membantu kerja-kerja rumah dengan sempurna.

Jom Ita kongsikan resepi mee sup Ita ya.

MEE SUP

Bahan-bahannya:

1 peket mee kuning
600 gm ayam - potong kecil
1 ikat sawi - potong
1 peket bebola ikan-belah dua
1 biji cili merah - hiris
2 biji tomato- belah 4
1 pokok daun sup - hiris nipis
bawang goreng secukupnya
minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bungga lawang
2.5 liter air
4 sudu besar rempah sup
garam dan gula secukupnya
1 kiub pati ayam
4 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris 

 Cara-caranya :


  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan bungga lawang dan kulit kayu manis. Tumis hingga bawang layu dan naik bau.
  3. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ayam, rempah sup, garam, gula dan kiub pati ayam.
  4. Perlahankan api, biar hingga ayam masak.
  5. Bila ayam empuk, masukkan daun sawi, tomato dan bebola ikan.
  6. Mee disiram dengan air panas.
  7. Bila nak menghidang, taburkan cili hiris, bawang goreng, daun sup dan limau nipis jika suka.


Jika suka bolehlah letak telur. Makan ketika masih panas memang sedap. Suami yang gemarkan sup, menjadikan menu ini sebagai hidangan yang kerap Ita buat. Ita selangselikan hidangan sup kerana nak ubah sedikit hidangan suami yang gemarkan kari. Kari banyak santan, jadi sesekali Ita cuba mengawal hidangan berlemak untuk suami. Suami Ita tak berkira sangat dengan hidangannya, jadi Ita kena mengawal sedikit menu hariannya. Risau jugak Ita kalau usia dah senja macam ni makanan tak terkawal, nanti macam-macam penyakit yang singgah. Tambah-tambah lagi suami Ita yang memang dah ada penyakit darah tinggi. Jadi, Ita kena lebih berhati-hati dengan hidangan yang di sediakan untuk nya.

Okey, hingga jumpa lagi. Selamat mencuba.

Ada rezeki kita jumpa lagi.

Assalamualaikum..

Comments