SALMON KUKUS CHE TA

HIDANGAN KUKUS YANG MENYIHATKAN..




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Ita nak kongsikan lauk kukus hari ini. Hidangan malam tadi yang tak sempat nak di updatekan malam tadi. Jadi lepas subuh tadi Ita bercadang nak updatekan terus tapi nampaknya Adam terlebih dahulu menggunakannya. hehehe.. Jadi, Ita pun mintaklah sekejap dengannya, nak jugak updatekan pagi ni. Nanti takut cerita basi lak.. hehehe..

Dalam hidup kita, pernah tak anda semua terfikir tentang mati. Pernah tak anda rasa, tak mahu fikirkan hal-hal dunia lagi, hingga kan kadang-kadang tu.., susah-susah hidup nak mencari rezeki banyak-banyak pun akan ditinggalkan jugak. Sudahnya hanya yang hidup sahaja yang akan menikmati hasil kepayahan kita nanti. Dulu-dulu.., ada jugak Ita terfikir macam tu. Masa tu.., mungkin Ita stress dengan bebanan kerja yang tak pernah nak habis-habis dan pertambahan tanggung jawab. ya.., mungkin jugak. 


Di tambah lagi dengan tanggung jawab dirumah, yang tak pernah-pernah nak habis dan masa pula agak terhad. Amalan pun buat yang wajib aje. Tak mampu nak berwirid panjang-panjang, tak mampu nak membuat amalan-amalan sunat lebih-lebih dek kerana kepenatan setelah seharian bekerja. Kadang kala hingga membawa ke malam.

Tapi sekarang, Ita kembali tersedar dan bersyukur sangat-sangat. Kita hidup kena banyak bersyukur dan beristighafar. Mempunyai suami yang sangat-sangat memahami, sentiasa faham dengan situasi Ita sebab Ita sentiasa mahukan diri Ita menjadi isteri dan ibu yang terbaik dimata suami dan anak-anak Ita. Namun, bila terkadang Ita tak sempat dan tak mampu menunaikan tanggungjawab kerana kekangan masa, dan mereka memahami. Ita bersyukur.

Terlalu banyak nikmat Allah yang selama ini Ita perolehi tak Ita syukuri. Ada suami penyayang, anak-anak yang baik. Anak-anak yang tak pernah buat hal walaupun kadangkala kami suami isteri terlampau sibuk dan tak sempat untuk memerhatikan segala tindak tanduk mereka, namun mereka mampu menjaga diri dengan baik. Alhamdulillah..

Itu lah tanda-tanda.., Allah sayangkan Ita. Dijaga Nya, anak-anak dan suami Ita dengan baik dari segala keburukan dan malapetaka. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Dan jika diberi ujian nanti, semuga Ita tetap tabah menghadapi Nya. Ya.. lah, kita tak boleh takbur sangatkan.. Jika Allah mahu menguji kita, Dia akan uji juga. In Sha Allah, Ita akan ingat yang setiap apa yang dikurniakan kita ada hikmahnya. Dan dia akan menguji kita berpadanan dengan kemampuan kita. Pasti! kita tak akan dianiaya oleh Nya.

Panjang pulak celoteh Ita kali ini ya, marilah Ita sharekan resepi ikan salmon kukus ala che ta. lately, nak makan.. masakan kukus ajer..tapi sedap juga. Selain sedap, ia nya sangat menyihatkan.

IKAN KUKUS SALMOM ALA CHE TA

A
2 keping ikan salmon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam

B
1 biji bawang besar-potong bulat
1 biji tomato - belah 4
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1/2 inci lengkuas - hiris
1/2 inci halis - hiris
5 helai daun limau purut
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu kecil garam
2 tangkai daum ketumbar-hiris
1 biji limau nipis-perah dam ambil airnya
5 sudu besar susu cair
2 cawan air
1 batang serai-hiris
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula

Caranya:

  1. Panaskan kukusan.
  2. Sapukan ikan dengan sos tiram dan garam.
  3. Kukus hingga masak. Lebih kurang 20 minit.
  4. Masukkan semua bahan-bahan B KECUALI susu cair.
  5. Masak hingga mendidih, bila mendidih masukkan susu cair.
  6. Sesuaikan rasanya.
  7. Curahkan keatas ikan yang telah dikukus tadi.
  8. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.
Rasa nya yang masam-masam sedap gitu. Memang terbaik lah, ikan salmon yang dimasak macam ni. Selalu nya Ita bakar dan perah lemon setelah diperapkan bersama oregano. Pun sedap juga..

Boleh mencuba ya.

Sehingga jumpa lagi. assalamualaikum..






Comments

Popular Posts