Sunday, 12 April 2015

SERI MUKA GULA MELAKA

PULUT BUAT HUBBY..



Assalamualaikum... salam sejahtera untuk semua ya..

Ita pagi ni tak masak apa pun, just makan kuih yang dibuat malam tadi. Hubby Ita sangat suka kan pulut, jadi beras pulut Ita pastikan ada kat dapur Ita setiap masa. Tak akan putus bekalan beras pulut. hehehe... Paling-paling malas pun Ita akan tanak pulut dan buat rendang ayam.Memang tak pandang belakang hubby kalau dapat pulut. Memang pebret dia sangat-sangat. Entah kenapa lah dia obses sangat dengan pulut. Nak kata keturunan Siam tak pulak..hihihi..

Malam tadi Ita buat seri muka gula melaka. Takut jemu dengan seri muka pandan yang selalu buat, Ita ubahkan lapisan atasnya. Emm.. nampaknya boleh tahan. rasanya..pulak.. aduh! dah angkat masih panas-panas lagi dah tinggal separuh..hihihi.. Tapi Ita tak buat banyak sangat, loyang 7 inci aje.. tapi tak kecik sangat kan..

Jom kita semak resepi seri muka yang Ita buat kali ini.

SERI MUKA GULA MELAKA

Lapisan bawah (pulut)
2 cawan beras pulut (seeloknya direndam semalaman)
1 kotak santan (200 ml)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam

Lapisan atas:

1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gandum
1/2 sudu kecil garam
165 gm gula melaka ( 2 keping)
1/2 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1 kotak santan (200 ml)

Cara membuatnya:

Lapisan atas:
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan pulut, garam, santan dan air ke dalam loyang 7 inci.
  3. Kacau rata.
  4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Bila masak, tekan kan pulut supaya ia mampat dan rata.
Lapisan bawah:

  1. Satukan telur, gandum dan tepung jagung dan kacau sebati.
  2. Dalam periuk panaskan air, gula dan gula melaka yang dicincang halus supaya cepat hancur.
  3. Bila gula melaka hancur, tapiskan. Biar sejuk.
  4. Masukkan ke dalam adunan telur kacau sebati.
  5. Masukkan santan da kacau hingga sebati. Tapiskan.
  6. Curahkan ke atas pulut tadi dan kukus selama 40 minit atau hingga masak.
  7. Perlu diingatkan, jika loyang tak ditutup dengan aluminium foil, tudung kukusan hendaklah dilap setiap 10 minit untuk mengelakkan air pada tudung kukusan menitik pada kuih.
  8. Bila masak, biar sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong.
  9. Gunakan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak untuk mendapatkan potongan yang menarik.
Selamat mencuba ya..

Assalamualaikum...