AKTIVITI PAGI DI HUJUNG MINGGU

AKTIVITI KU YANG MENDAMAIKAN JIWA..



Assalamualaikum... salam sejahtera buat rakan-rakan blogger dan kawan-kawan yang sudi menjengah rumah maya Ita kali ini. Ita seperti biasa, bangun seawal 5.45 pagi dan masak ringkas-ringkas, breakfast awal dan menikmati udara segar di waktu pagi dihalaman rumah kecil Ita.

Pagi ini Ita masak mee goreng ringkas ajer, tak mahu Ita kongsikan nya kerana dah banyak kali Ita kongsikan sebelum ini. Seperti biasa, adik lelaki Ita yang bertugas hospital Kota Bharu akan keluar rumah seawal 6.30 pagi. Ita menyediakan mee goreng dan Neslo untuk sarapan pagi dia hari ini. Malam tadi dia samapai ke rumah dah jam 12.15 malam. Kesian teramat padanya. Tak stress ke dia, itu yang Ita fikirkan setiap kali melihat dia pulang dari hospital.

Hari ini dia kena masuk bilik OT, bilik pembedahan.. OOww.. tentu penat. Sabar dik ya. In Sha Allah, setiap tugas yang kau lakukan mendapat pahala dari Nya. Dan tugasmu yang merawat pesakit akan menjadi bekalan di akhirat nanti.


Selepas tugas-tugas di dapur selesai, Ita dan suami akan ke halaman rumah. Menolong suami membersihkan halaman rumah dan menyiram pokok-pokok bunga serta sayur kami. Kami berehat sebentar di kerusi halaman. Sungguh nyaman. Duduk dihalaman dengan bunga-bunga penuh memenuhi ruang halaman dan di waktu pagi, sangat memberi ketenangan buat kami.


Ita bercadang mahu menambah koleksi bunga puding yang mulai menjadi kegilaan Ita sekarang. Bunga puding atau nama saintifiknya Codiaeum Variegatum. Kegilaan ini mulai melanda Ita bila bunga-bunga ros dihalaman Ita diserang serangga dan tidak terkawal. Ita jadi naik geram bila ros-ros dihalaman tidak menarik bila diserang belalang dan serangga lain. Hampir 20 pokok ros dihalaman rosak akibat belalang. Ita jadi makin frust, lalu cuba mengalihkan tanaman bunga-bungaan lain. Memikirkan pokok puding adalah lebih mudah penjagaannya, lalu Ita mula beralih arah. hihihi..

Hubby juga turut mengemari puding kerana coraknya pelbagai bentuk dan warna-warna yang menarik. Jadi selamat tinggal pada ros-ros yang manja ya..

Namun orkid tetap nombor satu dalam hati kerana bunga-bunga nya yang tahan lama.


Sebenarnya kalau rumah penuh dengan pokok-pokok, kita bukan sahaja dapat menikmati pemandangan yang menyejukkan malah kita secara tak langsung akan merasa ketenangan jiwa dan dapat menghuraikan kekusutan fikiran. Dan, Ita rasa ianya satu terapi minda buat kita.




Okey sehingga jumpa lagi dilain waktu... selamat berehat dan berhujung minggu.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts