AKU BUKAN TOUCH AND GO

Assalamualaikum..





Selamat pagi.. dah decide dah ke nak masak apa tengahari ni..? Bagi yang dah ada jawapan tentunya tak payah nak pening-pening kepala lagi.., yang pening nya belum tahu nak masak apa tu.. Ita pernah mengalami situasi ini.. 

Ya lah menjadi ibu seawal usia 22 tahun, tentu banyak masa dah dihabiskan di sudut dapur.. daripada dari kecil, mini kitchen gitu.. hingga lah ke dapur lebih besar sidikit dan berangan nak dapur besar lagi..hehehe.. mesti kadang-kala tu terputus idea kan? Hmm..Ita nak puasa tengahari ni..

Jadi tak habiskan masa Ita  di dapur lama-lama, cuma kemas-kemas sikit yang mana perlu jer. Ita mengambil keputusan nak masak petang dan makan malam awal seperti biasa setelah suami pulang dari kerja. 


Hidup bukan untuk makan ya.. Makan sekadar diperlukan oleh badan kita untuk menambah tenaga dan kesihatan supaya dapat mencari rezeki dengan sempurna dan beramal ibadat kepada Nya.

Namun Ita tetap masakan sedikit puding untuk suami dan anak-anak makan malam nanti. Puding Roti Merdeka! Haa..kenapa Ita namakan puding roti merdeka..sebab Ita bebas nak letak apa-apa kat dalam tu dan bebas nak buat seberapa sukatan. hehehehe.. cakap banyak lak Ita ni..cakap je lah Puding Roti hentam kromo..hihihihi.. Nasib baik en Hubby takde.. kalau tak mahu diperlinya Ita habis-habisan..hehehe..

Nanti petang atau malam Ita akan kongsikan resepinya ya.

Ita nak kongsikan, novel pilihan Ita minggu ini. Minggu ini saja Ita dah pilih dan habiskan 3 buah novel untuk bacaan sewaktu masa terluang Ita. Bacaan pertama -AKU BUKAN TOUCH & GO menjadi pilihan Ita. Hehehe... nukilan Qahiera Izma. memangg best sangat ceritanya Izma. Membuka kotak fikiran Ita untuk mengetahui sedikit dunia luar. Terima kasih Izma! Tak terfikir selama ini tentang kehidupan orang lain menjadikan Ita teruja untuk menghabiskan bacaannya. 


Menghubungi Izma sendiri, ternyata ia adalah kisah benar yang berlaku kepada kawan Izma. Permulaan bacaannya, Ita rasa agak marah kepada watak Bobby, namun pengakhirannya, menjadi suatu keinsafan kepada Ita kerana tak perlu sangkaan buruk kalau tak tahu sebab dan penyebabnya seseorang bersikap luar batasan dan kemanusiaan. Persekitaran yang tak membantu menjadikan proses ingin berbuat baik terbantut dan terhalang. Sokongan dari persekitaran amat perlu untuk menjadikan seseorang tak hilang pedoman. Dan janji seorang sahabat sejati adalah suatu sikap yang amat murni untuk di teladani.

Kepada yang mahu merasai sendiri jalan penceritaannya bolehlah dapatkan novel air tangan Izma yang pastinya best...

Comments

Popular Posts