Wednesday, 20 May 2015

BANANA CAKE

KEK PISANG YANG LEMBUT DAN SEDAP...


 Assalamualaikum, selamat petang.. dah minum petang ke.. Tapi dah lambat ni..sekejap lagi dah nak dinner.

Petang ni Ita nak sharekan satu resepi yang sedap juga.. kek pisang. Memang lembut dan sedap. Nak membuatnya pun memang tersangat simple.
 Jom Ita kongsikan resepinya.

KEK PISANG

2 CAWAN GANDUM
1 SUDU KECIL SERBUK PENAIK
5 BIJI PISANG BERANGAN (PISANG LAIN PUN OK)
1 SUDU KECIL BAKING SOSA
1 SUDU KECIL GARAM
3/4 MINYAK JAGUNG
1 CAWAN GULA HALUS
4 BIJI TELUR
1/2 SUDU KECIL ESEN PISANG

CARANYA:


  1. PANASKAN OVEN TERLEBIH DAHULU.
  2. SAPU ACUAN DENGAN MENTEGA DAN ALAS DENGAN KERTAS MINYAK YANG DISAPU MENTEGA. KETEPIKAN.
  3. GANDUM DIAYAK BERSAMA SERBUK PENAIK, KETEPIKAN.
  4. PISANG DIKISAR HANCUR. MASUKKAN GARAM DAN BAKING SODA. KACAU SEBATI, KETEPIKAN.
  5.  PUTAR TELUR BERSAMA GULA HINGGA KEMBANG.
  6. MASUKKAN MINYAK JAGUNG DAN KACAU SEBATI.
  7. MASUKKAN PISANG KACAU SEBATI.
  8. AKHIR SEKALI MASUKKAN GANDUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
  9. MASUKKAN KE DALAM ACUAN DAN BAKAR SELAMA 1 JAM DENGAN SUHU 160C.
  10. BILA MASAK ANGKAT, SEJUKKAN DIATAS REDAI.
  11. BILA SEJUK, POTONG DAN NIKMATI LAH KEENAKKANNYA.. TENTU BEST..
Bye.. selamat ,mencuba. Maaf Ita terlambat upate kat blog berbanding kat FB, kerana masalah internet sangat slow  dan kadangkala problem  nak download gambar makanan. Maaf ye..rakan taulan..sahabat handai.. maafkan Ita.. sekali lagi.

Assalamualaikum..