BISKUT COKLAT CHIPS

COKLAT CHIPS KEGEMARAN ANAK-ANAK..


Assalamualaikum.. salam sejahtera. Apa khabar..? Semuga semuanya dalam lindungan Allah s.n.t. Ita seperti biasa, asyik masyuk dengan small kitchen Ita, tak dapat dipisahkan lagi ibarat kata P.Ramlee seperti irama dan lagu...hihihi.. Naluri ku sebagai seorang perempuan, mana ada pernah jemu dengan dapur kecil ku..

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kerana, masih lagi dikurniakan Allah, pandangan mata yang jelas, deria yang masih berfungsi yang pada Ita semuanya teramat penting dan tak mahu Allah menarik nya walaupun satu.


Kepekaan Ita terhadap selera suami menjadikan Ita sentiasa perihatin dengan setiap santapannya. Hubby yang tak pernah melepaskan waktu tea brek walaupun sibuk dengan tugas sehariannya menjadikan Ita terasa mahu dia mengingati Ita walaupun dikala sibuk dengan tugas hariannya. Jadi, Ita menyediakan beberapa bekas berisi biskut untuk dibawa hubby ke pejabatnya. Kesibukkannya terkadang menjadikan dia terabai akan waktu makannya.


 Ita memilih untuk membuat biskut coklat chips sebagai jajan untuk di letakkan dipejabatnya. Biskut yang ringkas dan sedap dimakan, malah disukai oleh kesemua anak-anak Ita. Sengaja Ita lebihkan adunannya supaya bakinya boleh dihidang ketika tetamu datang.



 Rasa coklat chips dan badam yang rangup memang tak terkata sedapnya ditambah dengan sedikit mocha paste yang Ita letakkan menjadikan biskut ini enak dimakan.


Jom Ita kongsikan resepinya:

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahannya:

500 gm marjerin (mentega pun boleh)
200 gm gula perang
1 sudu kecil soda bikarbonat
200 gm badam cincang - dipanggang terlebih dahulu
200 gm coklat chip
700 gm gandum - ikut kesesuaian
1 sudu kecil mocha paste

Cara-caranya:


  1. Panaskan oven.
  2. Putar marjerin (Ita guna marjerin planta) bersama gula perang dan soda bikarbonat.
  3. Masukkan mocha paste.
  4. Bila kembang, masukkan gandum sedikit demi sedikit. Jika adunan sudah keras, kurangkan gandum, begitu jugak jika adunan lembik, bolehlah ditambah gandum ya.
  5. Masukkan badam dan coklat chip.
  6. Gaul rata, dan cubitkan dan letakkan atas dulang. Tekan perlahan-lahan dengan garfu supaya ia leper.
  7. Buat hingga habis adunan.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
  9. Angkat dan tunggu hingga sejuk.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.


Okey.... dah siap biskut kita ya. Bolehlah dicubanya. Nescaya, next time buat lagi..hehehee..

Selamat Mencuba.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts