BISKUT SAMPERIT MANJA

KENAPA MANJA, ADUHS! TENGOK BISKUT NI DOK JELING MANJA..BUAT HATI KITA CAIR..HURM..





Assalamualaikum.. apa khabar sahabat maya Ita. alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati ciptaanNya yang tiada ternilai dan tolok bandingnya ini.

Pagi ini Ita just nak share satu resepi yang biasa-biasa aje, namun ia sangat sedap pada citarasa Ita dan keluarga.

Alhamdulillah.. mempunyai suami dan anak-anak yang tidak cerewet sangat tentang makanan, menjadikan kerja Ita mudah. Walaupun ada sesetengah kawan Ita mengatakan ianya susah nak disediakan. Namun bagi Ita, alah bisa tegal dek biasa..

Kali ini Ita nak kongsikan resepi biskut samperit manja. Nak tahu kenapa Ita namakannya samperit manja. Sebab bila letak jer kat lidah tu.. terus jer nak mencair..hihihi.. manja sangat. Tapi sedap.


Walaupun raya lambat lagi, namun dah ramai yang tempah untuk di makan terus. Takut nanti kempunan bila bulan puasa kut. Rupanya ramai lak yang sukakan samperit ni. So, Ita buat banyak-banyak.., senang kalau ada yang nak terus boleh bagi. Ready stock gitu.

Jom Ita kongsikan resepinya;

BISKUT SAMPERIT MANJA

Bahan-bahannya:
1 tin susu pekat manis
500 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
750 gm tepung jagung
6 sudu besar tepung kastad
coklat chip sebagai hiasan

Caranya:


  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Kacau mentega bersama susu dengan senduk kayu hingga rata.
  3. Masukkan esen vanila, jika suka tambah sedikit pewarna kuning. Kacau sebati.
  4.  Masukkan tepung kastad, kacau rata.
  5. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  6. Masukkan ke dalam acuan samperit atau piping beg, guna nozle bunga.
  7. paipkan ke atas dulang.Letak coklat chip diatasnya.
  8. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160C selama 20 minit.
  9. Angkat dan sejukkan.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.
Okey.. dah siap. Senang jer kan. Buat banyak-banyak yer.. senang kalau nak balik rumah mak ayah, boleh bawa sekali sebagai ole-ole..

Okey Bye..selamat mencuba.

Assalamualaikum.


Comments

Popular Posts