Saturday, 30 May 2015

GULAI LEMAK KETAM

LAMA BETUL TAK MAKAN KETAM...


Assalamualaikum.. apa khabar? semuga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat. Pagi-pagi macam ni.., sangat elok berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. Selawat lah sebanyak 1000 seribu kali sebagai permulaan hari kita, hari ini.Semuga setiap perbuatan kita sentiasa dalam lindungannya dan juga diberkati.

Ita nak kongsikan resepi Gulai Lemak Ketam yang Ita tak sempat nak updatekan. Akhir-akhir ini Ita agak sibuk sementelah lagi kesihatan Ita yang tak berapa nak baik. Tapi Ita tetap bersyukur kerana Ita masih mampu membuat kerja-kerja ringan di rumah. Memasak! ya.. memasak untuk anak-anak dan suami.. cuma terasa amat rindu untuk membuat kek setelah sekian lama tidak membuat kek. Pada Ita kalau lebih seminggu tak buat kek tu, rasa memang lama dah pada Ita tak buat kek. hehehehe.. walhal baru seminggu lebih tak buat kek.

Membuat kek, menjadi kan Ita merasa tenang dan happy, In Sha Allah.. dalam masa terdekat ini Ita nak buat kek. Suka tengok kek yang cantik dan gebu, apatah lagi kalau sedap. Paling-paling tidak pun kek pelangi yang gebu, aduhs! cantik betul.. Eeee..kalau dah tersebut macam ni.. ,memang nak kena buat lah ni. Pasal siapa nak makan tu.. Ita tak kisah sebab anak-anak dan suami Ita memang sedia menikmatinya dan menjadi pengkritik tetap Ita. Kalau Adam.. lagi lah suka dengan kek.

Cerita pasal kek panjang-panjang ni.. macam nak raya pulakkan. Kepada sesiapa yang belum mendapatkan lagi buku Juadah Ramadan, sila dapatkan ya dari kedai-kedai buku terdekat. In Sha Allah, senang sikit nanti di bulan puasa nak masak apa. Buku ini Ita telah muatkan resepi-resepi yang sangat sesuai untuk disediakan sepanjang ramadan.



Jom Ita sharekan resepi Gulai Lemak Ketam ni ya.

GULAI LEMAK KETAM

Bahan-bahannya:

5 ekor ketam- dicuci bersih2
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 biji bawang merah
4 biji cili kering-potong dan rendam air                        panas sekejap
1 liter santan
garam dan lada secukupnya

Caranya:


  1. Kunyit, lengkuas, bawang merah dan lada kering dikisar hancur.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk,dan masukkan santan.
  3. Masak hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan ketam. Kacau perlahan-lahan hingga ketam masak.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Sesuaikan rasa.


Okey, simple kan. Tu lah.. semua orang mahukan resepi yang simple-simple sekarang. Nak cepatkan masa di dapur. Nak-nak kalau wanita yang berkerjaya..lagi lah tak banyak masa didapur. Sebab tu, Ita kalau hujung minggu.., Ita akan kupas bawang banyak-banyak, then masukkan dalam tupperware yang frezermate tu.. ia akan segar dan cukup untuk stok seminggu. Bila nak masak jer.., terus ambil jer, cepatkan masa. Terus jer guna.

Walaupun kerja, kita masih sempat nak masak untuk anak dan suami kita. Itu yang Ita suka. Cuma kalau nak berbento tu memang tak sempat lah. Tapi alhamdulillah, anak-anak Ita okey jer makan walaupun tak berbento. Ita suka melihat hasil bento yang orang lain sediakan untuk anak-anak mereka tapi Ita faham kemampuan diri. Kekangan masa membataskan Ita untuk membuat bento. Namun kalau ada masa free hujung minggu baru Ita boleh menyediakan bento untuk si hensem Ita, Adam.

Okey, hingga jumpa lagi.. Selamat Mencuba.. 

JANGAN LUPA DAPATKAN BUKU ITA DI PASARAN YA..

ASSALAMUALAIKUM....