HORMATILAH KULIAH ILMU

KULIAH ILMU PENTING SEBAGAI MAKANAN ROHANI KITA.. DAN HORMATILAH
KULIAH ILMU..



Assalamualaikum.., 

Dalam kesibukan mencari kekayaan dunia kita juga disaran mengseimbangkan pencarian ilmu untuk akhirat. Jika di dunia sahaja kita berjaya dan miskin di akhirat nanti, tidak berguna juga. 

Tak perlu bermegah-megah dengan kekayaan dunia tapi apa yang kita bawa ke tempat kekal nanti hanya tangan kosong. 

Al-Thabrani meriwayatkan daripada Abi Hazim daripada Sahal r.a, berkata bahawa beliau telah menyampaikan kuliah tentang sunah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.

Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata: "Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w, tiba-tiba mereka sibuk menceritakan perkara lain. Lebih bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi."

Tuan seorang tua yang uzur...

Abu Hazim lantas bertanya kepadanya: " Kemanakah tuan akan pergi membawa diri?' Jawabnya:"Aku akan pergi berjihad di jalan Allah." Beliau seterusnya ditanya," Bagaimana tuan boleh turut serta sedangkan tuan merupakan seorang tua yang uzur dan dikecualikan daripada berjihad?" Jawabnya:"Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata yang tersasar, lalu aku akan mati syahid."

Pengajaran yang kita dapat:

Menghadirkan diri dalam majlis ilmu adalah sangat penting kerana ia adalah makanan buah hati, dan menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.

Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.

Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.

Para sahabat merupakan golongan yang mencintai nabi s.a.w dan mereka amat sensitif terhadap golongan yang tidak menunjukkan minat terhadap hadis-hadis nabi s.a.w.

Menuntut ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya. Justeru, Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaannya sebagai penyampai ilmu sudah tidak diperlukan lagi.

Ganjaran yang di sediakan buat mereka yang mati syahid terlalu mulia sehingga menyebabkan Sahal r.a berusaha sedaya upaya memperolehinya walaupun beliau seorang yang tidak layak menyertainya.

Ini adalah perkongsian ilmu Ita untuk para pembaca semua. Marilah kita  memulakan azam baru untuk mencari ilmu sebagai bekalan kita nanti. Suka Ita ingatkan kepada Ita sendiri dan teman-teman maya semua. Bila kita dapat ilmu, kita kongsikan dan ilmu yang kita ada itu tentu nya tak habis malah telah dan akan bercambah-cambah bila kita kongsi-kongsikan.

Hingga jumpa lagi..

Assalamualaikum..

Sumber: Buku 101 Kisah & Pengajaran drpd AlQuran, Al Hadis &Hayatus Sahabah - Oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

Comments

Popular Posts