JUADAH RAMADAN

Juadah Ramadan Hadiah Buat Teman-Teman




Assalamualaikum.. selamat pagi.

Semuga pagi ini hidup anda diserikan dengan nikmat dan hikmahNya.

Betapa gembira nya hati Ita bila buku pertama Ita siap sepenuhnya dan telah pun keluar dari penerbit terkenal Karang Kraf. Siapa tak happy bila mana hobi yang telah sebati sedari dulu, telah menampakkan hasilnya dan dapat pula dikongsikan dengan mereka yang berminat dengan dunia masakan.

Tidak dapat tidak, Ita nak menafikan nya tentang kegembiraan ini. Bertambah lagi bila buku ini adalah hasil usaha mengumpul bahan-bahan yang mengambil masa juga. Tidak tergambar pulak rasa getirnya bila minat mengatasi segalanya. Puas!...Tuhan saja yang tahu. Kesyukuran yang tidak dapat digambarkan dan diluahkan melalui kata-kata. Hanya pada Allah sahaja mampu Ita luahkan Nya.

Mempunyai team yang hebat dari Karang Kraf menjadi kerja-kerja Ita, tidak sukar. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada editor nya Siti Mahfuzah dan pencetus atau pemberi ruang kepada Ita, Haryati yang cantik manis. Terima kasih akak nak ucapkan. Tiada balasan yang akak dapat berikan, semuga Allah sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan mu.., dik. Kepada seluruh team yang mengusahakan buku ini, ucapan terima kasih. Budi kalian amat bermakna.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, nantikan di pasaran ya. Kepada yang mahu mendapatkannya secara terus bolehlah menghubungi Ita ke talian berikut.

Whatapp : 017 976 5626 (Ruzita Ismail)
Harga mampu milik : RM29-00

Mengandungi 100 jenis resepi mencakupi semua hidangan yang sesuai untuk bulan Ramadan nanti. 

Harapan Ita semuga  kesemua resepi-resepi ini memberi manafaat kepada pemilik buku ini nanti.

Assalamualaikum.


Comments