MAKARONI GORENG

DAH PUAS FIKIR  NAK MASAK APA, RINGKAS, SEDAP DAN TAK MENJEMUKAN..

Assakamualaikum.. apa khabar. Apa menu hari ini. Ita dah puas berfikir nak masak apa. Lama termenung memikirkan menu yang disukai ahli dalam rumah Ita ni. Kita ni dah habis fikir nak memberi kepuasan untuk insan-insan tersayang. Tak mahu dikatakan asyik masak benda yang sama jer, dah naik jemu dah.

Lepas habis fikir, maka terfikirlah nak masak makaroni goreng. Kebetulan mee dan kuewtiaw dah habis. Yang ada cuma makaroni, emm apa lagi hentam saja lah labu..

Maka labu pun masaklah makaroni goreng untuk anak-anak dan suaminya pagi ini.


MAKARONI GORENG

Bahan-bahannya:

A
2 cawan makaroni
1 sudu besar marjerin
1.5 liter Air


Bahan kisar:
1 biji tomato
3 biji lada kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

C
400 gm daging-hiris dan direbus hingga masak
4 biji tomato kecil - belah 2
200 gm kobis - hiris
1/2 biji lobak merah - potong bulat
1/2 ikat sawi - potong
1/2 cawan bebola ikan - belah 2
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:


  1. Rebus bahan A hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, gula dan garam. Kacau.
  4. Masukkan sayur dan daging. Kacau rata.
  5. Taburkan kiub pati ayam, masukkan makaroni serta bebola ikan.
  6. Akhir sekali masukkan tomato kecil.
  7. Sesuaikan rasa.

Okey dah boleh makan.. lebih sedap jika digandingkan dengan minuman teh O. 

Okey.. hingga jumpa lagi.

Selamat mencuba.

Assalamualaikum..





Comments