MEE HOON GORENG

MEE HOON GORENG .. SIMPLE SANGAT..UNTUK UNTUK SANG INSAN YANG TERKEJAR-KEJAR MASA DI WAKTU PAGI..


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar ya.. semuga dalam lindungan Allah snt semuanya. Syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang oleh Nya untuk menikmati setiap pemberian Nya yang tiada ternilai. Rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit dan emas permata sahaja, malah rezeki lain  yang kadangkala kita tidak sedar ianya berupa rezeki.

Memiliki rezeki dalam bentuk wang tidak semestinya kita tenang dan ketenangan bukan dalam bentuk wang itu juga dinamakan rezeki. Kita tenang dalam hidup, kita rasa bebas dalam hidup, kita rasa aman dalam hidup, tidak terikat atau di kawal oleh orang lain juga adalah salah satu bentuk rezeki yang tidak kita sedari secara kasar.

Jadi, sesekali ambil sedikit masa.., cukup sekadar 5 minit untuk kita melihat diri kita dan berfikir secara halus dan bersyukur, insyaallah kita akan dapat sedikit ketenangan yang kita perlukan untuk menghuraikan sedikit kekusutan dalam fikiran.

Pagi ini Ita masak ringkas-ringkas jer, kebetulan adik lelaki Ita agak terlewat sedikit bangunnya, lalu Ita cuma panaskan sekeping pizza untuk bersama secangkir Neslo kegemarannya. Lebih Ita terasa leganya kerana semalam adalah hari off nya. Bertugas pagi ini dalam keadaan badan yang segar.

Resepi yang ingin Ita kongsikan pagi ini adalah menu pagi semalam yang tak sempat Ita nak updatekan. Entah kenapa..terasa semakin sibuk pulak sekarang. Terasa makin cepat waktu berlalu atau Ita semakin tua dan tak terkejar dengan masa yang ada.

Okey..kita ke resepinya ya..

MEE HOON GORENG

Bahan-bahannya:

400 gm mee hoon - rendam hingga lembut
300 gm ayam- potong kecil-rebus hingga masak
1 batang sawi - potong
3 kelopak kobis - potong kecil
1 cawan bebola ikan
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos cili
1/2 kiub pati ayam
4 sudu minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:
1 biji tomato
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 biji cili kering
1 sudu besar udang kering

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos cili, kiub pati ayam, garam dan gula.
  4. Masukkan sayur dan kacau hingga sayur layu.
  5. Masukkan ayam dan bebola ikan. Kacau.
  6. Masukkan mee hoon dan gaul sebati.
  7. Perlahankan api dan tutup kuali sebentar.
  8. Biar hingga mee hoon masak. Sesekali kacau rata.
Okey dah siap mee hoon kita ya.. jom sarapan!

Semuga menjadi satu pelajaran yang berguna kepada sesiapa yang baru nak belajar mengoreng mee hoon ya.

Jangan jadikan susah ke dapur sebagai alasan. Tiada ilmu yang mudah untuk kita dapatkan. Setakat nak memasak mee hoon, apa lah sangat kan...hehehehe.. berbanding dengan nak mencipta bangunan atau kapal terbang..lagi lah susah. Ya tak? Buat adik-adik yang baru belajar menjengah ke dapur, sentiasakan mencuba, insyallah.. lama-lama sedaplah masakan tu... hehehehe..

Selamat Mencuba..

Assalamualaikum..


Comments