Monday, 4 May 2015

PAI AYAM

BEKALAN UNTUK ADAM KE SEKOLAH





Assalamualaikum.. selamat pagi.


 Ita tersentap sekejap bila Adam menyuarakan kan tentang perihal dia di sekolah. Nak tahu apa katanya, "Umi, tiap hari BFF Adam kongsikan bekalan dia dengan Adam, Adam malu tapi bekalan dia sedap". Aduhai.. anakku..kesiannya. 

Lalu Ita bertanya kepada Adam, apakah bekalan yang dia nak bawa untuk dinikmati bersama kawan-kawannya. Dengan tersenyum dia meminta Ita menyediakan Chicken Puff untuk nya. Bila Ita menyetujui untuk menyediakan chicken puff, dia memang happy sangat. Lantas terus mencium Ita sambil berkata," Umi.., kenapa Allah bagi Adam..umi yang baik?'. Tak dapat nak gambarkan perasaan Ita masa tu. Dia memang anak yang tahu bersyukur.. Alhamdulillah..

Jadi malam tadi, Ita siapkan intinya awal-awal dan pagi ini Ita bangun jam 5.45 pagi untuk menyediakan chicken puff kegemaran Adam ini. Ita buat agak banyak juga, bekalan untuk adik lelaki Ita sekali.

Ita pernah kongsikan resepi nya DISINI dahulu. Bezanya kali ini Ita letak adunan dalam mangkuk aluminium supaya senang nak tutup dan dibawa Adam sebagai bekalan.

Okey sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum..