Monday, 18 May 2015

ROTI SARDIN RANGGUP

LAMA TAK BUAT ROTI SARDIN.. IDEA EXPRESS UNTUK SARAPAN ANAK KE SEKOLAH..


Assalamualaikum... apa khabar semua.. semuga semuanya sihat-sihat  ya.

Pagi ini.., tetiba terfikir nak masak roti sardin.. lama tak buat ni. Tak belajar kat mana-mana pun.. main agak-agak jer.. hihihi..
Tengok dalam kabinet stok sardin masih ada lagi, sedangkan nak cukup bulan dah ni, stok lain pulak nak masuk, jadi Ita cuba fikirkan resepi yang sesuai dengan bahan yang ada. hehehe...

Ingatkan anak lelaki Ita, Adam.. yang sukakan roti. Biasanya abahnya goreng roti telur untuk dia. Tapi, nampaknya .. abahnya nak ke office awal hari ni. Jadi, Ita buat keputusan nak buat roti sardin rangup. Rupanya kena pulak dengan selera Adam. Alhamdulillah..

 Mari Ita kongsikan resepinya ya..

ROTI GORENG RANGUP

Bahan-bahannya:

12 keping roti
3 biji telur-pukul rata
1 tin sardin - 6 ketul ikan sardin
1 biji bawang besar-cincang halus
1 biji cili  merah-cincang halus
garam dan sedikit lada sulah
1 cawan bread crumb
minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:


  1. Sardin dibuang tulang dan dilecek halus. 
  2. Masukkan bawang besar dan cili merah.
  3. masukkan garam dan lada sulah.
  4. sesuaikan rasa. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak.
  6. Ambil sekeping roti, letakkan inti sardin dan gulung.
  7. Hujung roti sapukan dengan telur supaya ia tidak terbuka.
  8. Celupkan dalam telur dan golekkan diatas bread crumb hingga rata.
  9. Goreng dengan api perlahan hingga masak.
  10. sedia dinikmati.


Hurmm.. sangat rangup rasanya. Adam sampai bertambah-tambah makannya. Itu maknanya, roti ni kena dengan selera dia..hihihi.. alhamdulillah...

Okey ... selamat mencuba..

Assalamualaikum..