BISKUT BUBBLE ALMOND

PILIHAN ITA UNTUK RAYA NANTI..




Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini kat Kelantan sesi persekolahan sudah bermula. Maka Ita kembali keseorangan bila pagi-pagi macam ni. Bangun seawal jam 5.30 pagi untuk menyiapkan sarapan untuk suami dan anak-anak menjadi rutin kembali.

Selepas anak-anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja, Ita kembali membisu. Tiada lagi teman untuk berbual hingga petang nanti. Maka, masa ini lah Ita akan berada di halaman dengan pokok-pokok bunga dan sayur. selepas itu, Ita akan berada di depan komputer.. mengemaskini bahan-bahan untuk manuskrip berikutnya. 


Mengemaskini manuskrip memang mengambil masa yang agak lama, kerana ia memerlukan Ita berada dalam keadaan yang tenang. Seperti cuti penggal yang lepas, Ita langsung tak menyentuhnya kerana anak-anak ada dirumah, Ita lebih tumpukan perhatian kepada makan minum anak-anak dan suami sahaja. Bila keseorangan macam ni, baru lah boleh kembali kepada tugas sampingan Ita ini..hehehe..

Nak tahu apa yang Ita nak kongsikan pagi ni.. Dah dekat-dekat nak raya ni..Ita nak lah sharekan resepi biskut raya. Nak tak? Emm.. sabar ya.. Resepi biskut yang menjadi pilihan Ita pagi ini ialah Biskut Bubble Almond. Biskut ciptaan Ita ini, Ita ilhamkan bila Ita ke kedai barangan kek dan biskut. Ternampaklah bubble colours ni.. langsung timbul idea nak buat biskut ni. Khas untuk anak-anak kecil yang semestinya suka melihat bubble tu yang warna warni..

Jom kita ke resepinya.

BISKUT BUBBLE ALMOND

Bahan-bahannya: 
120 gm gula halus
250 gm mentega
1/2 sudu kecil baking soda
250 gm tepung gandum
120 gm badam cincang
50 gm bubble brice colours

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven dan sediakan dulang pembakar.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga lembut.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking soda. Gaul sebati. Jika terlalu lembik, boleh tambah gandum dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Bimbang terlebih keras lak nanti.
  4. Masukkan badam cincang dan bubble. 
  5. Gaul rata-rata.
  6. Bentukkan bulat-bulat diatas dulang pembakar dan tekan dengan garfu.
  7. Taburkan bubble supaya menarik.
  8. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160C.
  9. Bila masak, biar sejuk dahulu sebelum disimpan ke dalam balang yang kedap udara.
Okey..;itu saja perkomgsian Ita untuk pagi ini. Semuga menjadi manafaat dan rujukan kepada peminat cookies ya..

Sehingga jumpa lagi dan salam sayang dari Ita.

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT MENCUBA...

Ruzita ..
Kota Bharu

Comments

Popular Posts