BISKUT KEJU RANGUP
TESTING...TESTING.. TESTING BISKUT RAYA..HIHIHI...
Assalamualaikum... apa khabar semua.. selamat pagi dan salam jumaat. Apa perancangan hari ni.. nak pergi pasar? Emm.. itu plan Ita dan suami hari ni.. hujung minggu yang Ita tunggu-tunggu untuk ke pasar bersama suami.
Tapi pagi ni Ita nak sedekah kan resepi biskut yang sedap pada keluarga kami. BISKUT CHEESE.. ya.. rasa cheese yang sedap selalu menjadi pilihan anak-anak Ita dan suami.
Biskut ni selalu nya Ita buat tak semestinya bukan time raya ajer.. boleh penuhkan balang kat kitchen Ita. Bila anak-nak dan suami nak minum petang, terus boleh ambik dari balang. Rasa nya tak muak, masam masin keju, aduhs! memang sedap. Ranggup pulak tu..
Untuk raya tahun ni.., memang Ita ada mengambil tempahan biskut termasuk biskut keju ini. Mana-mana yang nak buat sendiri untuk orang-orang tersayang tu boleh lah cuba resepi Ita ni ya..
BISKUT KEJU RANGGUP
Bahan-bahannya:
200 gm mentega (Ita guna buttercup)
70 gm gula icing
40 gm susu pekat
1 biji kuning telur
5 sudu besar keju parut
250 gm tepung ubi kayu
170 gm tepung gandum
Bahan Hiasan:
Keju parut secukupnya
Coklat chips
Caranya:
- Panaskan oven terlebih dahulu.
- Putar Mentega , gula icing, kuning telur dan susu pekat.
- Masukkan keju parut dan tepung ubi kayu. Kacau sebati.
- Masukkan gandum. Uli hingga menjadi doh yang boleh diterap.
- Terap menggunakan acuan yang digemari dan susun di dalam dulang pembakar.
- Taburkan keju parut dan letakkan coklat chip.
- Bakar selama 20 minit dengan suhu oven 150C.
- Bila masak, sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Comments
Post a Comment