TALAM PELANGI

TETIBA LAK NAK MAKAN TALAM.. KENA BUAT NI.. TAK LAMA DAH NAK PUASA.. NANTI KEMPUNAN LAK DI BULAN PUASA..



Assalamualaikum.. apa khabar.. alhamdulillah .. bersyukur sangat-sangat, kerana masih dapat menikmati rezeki Allah s.n.t. 

Pagi ini, sambil kemas-kemas dapur.. tetiba jer rasa nak makan talam.. malas nak cari bahan dan keluar rumah. Intai-intai apa yang ada dalam kabinet dapur.. Maka Ita buat jer lah bahan-bahan yang ada.., asalkan menjadi talam.

Talam.., pada Ita, kalau cukup santan nya.. memang sedap. Tu kalau talam biasalah yang tak berperisa.., kalau talam keledek ke, talam nangka.. lagi lah sedapnya.

Dulu-dulu... Dulu lah.., Ita tak lah gemar sangat dengan kuih muih tradisional ni.. Bila mak buat jer.. mencebiklah bibir.. tengok kuih ni.. Pada Ita, kuih orang tua.. hihihhi..


Tapi bila dah kahwin, hubby sukakan kuih-kuih lama macam ni. Nak tak nak.. belajar lah jugak dengan mak macam mana nak buat kuih muih ni. Ya lah.., nak jugak suami kita sayang kat kita sebab pandai masak makanan kegemarannya.

Tapi..bila dah lama-lama tu.. Kita pulak yang tersuka. Pernah dengar tak cakap-cakap orang.. Jangan terlalu membenci sangat pada sesuatu.., bimbang nanti kita akan tersuka pulak.. Haa.. kan dah terkena.

Sekarang dah dah jadi pebret Ita pulak, Hihihi.. Tapi anak-anak Ita tak macam tu.. anak-anak Ita semua sukakan kuih muih tradisional ni.. alhamdulillah.. mudah kerja Ita..

Jom lah Ita kongsikan Kuih Talam Pelangi ni.. mana lah tahu boleh buat untuk hidangan petang nanti..

KUIH TALAM PELANGI

Bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 kotak santan KARA (200 ml)
2 1/2 cawan air 
1 cawan gula pasir
pewarna merah, hijau, biru dan kuning

Cara-carannya:

  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang berukuran 7" X 7".
  2. Alas loyang dengan plastik dan sapu minyak disekelilingnya.
  3. Satukan gandum garam, gula dan tepung beras.
  4. Masukkan santan dan air.
  5. Kacau sebati guna whisk supaya ia tidak berketul.
  6. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap satunya dengan warna biru, hijau, kuning dan pink.
  7. Masukkan satu adunan warna biru ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  8. Bila keras, cakarkan dengan garfu dan curahkan warna kuning pula.
  9. Kukus lagi hingga warna keras, kemudian cakar dengan garfu permukaan adunan kuning tadi dan masukkan warna hijau pula. dan kukus 5 minit lagi.
  10. Bila adunan hijau sudah keras, cakar permukaan hijau dengan garfu dan curah lagi warna merah jambu dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga masak.
  11. Jika perlu, boleh balut tudung kukusan agar tidak ada air menitik ke atas kuih tadi.
  12. Cara Ita: Ita cuma lapkan penutup kukusan setiap 5 minit.
Okey, dah siap.. sedap jer nampak.. jom makan..

Sehingga jumpa lagi..

Assalamualaikum.. dan selamat mencuba ya..


Comments

Popular Posts