ANDAI ITU TAKDIRNYA

AKU TERIMA TAKDIRNYA..



Assalamualaikum..


Salam sejahtera buat teman-teman dan adik-adik yang sudi menyinggahi dapur maya Ita ini.  Alhamdulillah.. masih di beri peluang menikmati alam ciptaan Nya ini. Syukur alhamdulillah..


Mood sedih sedikit di pagi yang indah ini. Hari ini adalah keputusan penyakit Ita. Doktor sudah mengambil sample sebelum hari raya tempohari. Terasa nak tangguh sahaja ke hospital hari ini. Tak mahu mendengar sebarang berita yang tak di ingini. Walaupun hati sedikit lega berbanding dengan hari itu, namun jauh di sudut hati.., Ita tetap rasa takut dengan keputusannya nanti. Macam-macam pemikiran negative yang singgah di minda Ita.

Namun, Ita..pujuk dengan mengingati Allah. Ita akui, yang dunia ini cuma persinggahan sementara sahaja. Ita tak boleh alpa yang keluarga bahagia yang Ita nikmati kini.. cuma pinjaman dari Allah snt. Kalau Allah snt kata yang setakat ini sahaja yang perlu Ita nikmati, Ita harus reda walaupun hati Ita kata, Ita tak puas lagi bersama suami dan anak-anak.

Doa Ita dalam hati semuga Ita cepat sembuh dan dapat melakukan tugas seharian Ita dengan sempurna seperti sebelumnya. Ita gembira dapat berkhidmat untuk suami dan anak-anak. Ita mahukan anak-anak sentiasa dapat menikmati air tangan Ita. Dapat kasih sayang Ita sepenuhnya. Ita tak pernah terasa jemu dengan tugas-tugas Ita dirumah. Tanggungjawab Ita untuk suami dan anak-anak, Ita ikhlas.. jujur Ita gembira dengan tanggungjawab Ita.

Namun.., harus di akui setiap yang kita rancang dan yang kita mahukan tak semestinya terlaksana. Tunggu Allah approve kan dulu. Kalau Allah approve.. alhamdulillah.. kalau tak approve.. sabar saja lah. Sungguhnya setiap perancangan Nya adalah sebaik-baik aturan. Subhanallah..

Ita menyusun sepuluh jari, jika selama Ita berblog ini Ita ada tersalah kata, terlanjur bicara. Ita minta maaf ya.. Kemaafan kalian sangat Ita hargai. Tak mahu nanti, bila ke sana  dalam keadaan muflis tanpa membawa apa-apa, nauzubillah.. Muflis di dunia tidak mengapa.., jangan pulak muflis di akhirat kan.. jadi marilah kita sama-sama menghindari muflis di akhirat nanti. Banyakkan amalan, jujur dalam kehidupan, jauhi hasad dengki, lapangkan dada dan semuga kita sentiasa reda dengan takdirnya.. Amin.

Comments

Popular Posts