Tuesday, 28 July 2015

BUBUR SOM SOM

HIDANGAN PETANG UNTUK KELUARGA..




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk teman-teman FB Ita semua. Apa khabar.? Makan apa hari ini..? 

Petang ini, Ita nak kongsikan satu resepi yang sesuai untuk hidangan petang. Hidangan untuk menunggu suami pulang dari kerja, hehehehe... Alhamdulillah sakit kepala yang berkurangan, membolehkan Ita untuk menyediakan hidangan untuk minum petang buat keluarga Ita.

Nak tahu apa dia tak.. hehehehe.. Bubur Som Som yang tersangat simple dimple. Budak sekolah rendah pun boleh buat tau!! Dah makanan itu yang Ita rasa nak makan. Nak-nak kalau hidangan lama macam ni, hubby tentu-tentu lah suka.

Jom Ita kongsikan resepinya ya.


BUBUR SOM SOM

Bahan-bahannya:

A
2 cawan tepung beras
2 cawantepung jagung
3 kotak santan KARA (200 ml per kotak)
sedikit garam
1100 ml air
pewarna hijau dan perisa pandan
3 helai daun pandan

Bahan untuk Sirap:

500 gm gula melaka
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan A kedalam mangkuk dan kacau sebati.
  2. Tapiskan ke dalam periuk.
  3. Kacau diatas api perlahan hingga pekat
  4. Masukkan ke dalam acuan dan ketepikan.

Cara membuat sirap:

  1. Masukkan semua bahan untuk sirap.
  2. Panaskan diatas api perlahan hingga gula melaka dan gula larut.
  3. Hidangkan bersama som som tadi.
Hidangan yang sangat ringkas untuk yang tidak mempunyai masa yang banyak. Namun yang mempunyai masa yang lebih pun boleh mencubanya kerana ia memang sedap untuk dinikmati selain untuk menyejukkan tekak ketika musim panas ni. Simpan dalam peti ais, lagi terasa keenakkannya.

Okey sehingga ketemu lagi di lain waktu ya.

SELAMAT MENCUBA

Assalamualaikum..