BUTTER CAKE

SENANG DAN RINGKAS SANGAT KALAU ADA YANG TERJAH RUMAH KITA LAST MINUTE..HEHEHE...




Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semua.


Kata orang tetamu itu rezeki.. Ita akui sangat-sangat.. dan Ita menyukai setiap tetamu yang datang.


Hari ini, hari raya yang ke empat.. masih lagi dikunjungi tetamu, walaupun rata-ratanya biskut raya dan kek dah habis.

Ita tak mahu hidang air sahaja untuk tetamu Ita, namun Ita tak menpunyai masa yang panjang untuk menyediakan juadah.

Ita nekad, nak buat kek simple2 ajer..asalkan tetamu yang datang dapat menikmati hidangan air tangan Ita. Sementelah lagi, nak keluar rumah tu..kena fikir 10 kali!!! huhuhuhu.. Jalan jem giler.. Jadi buat apa yang ada dirumah ajer..

Ita buat roti jala bersama kari ayam dan butter cake yang sangat lembut dan sedap. Tetamu Ita hari ni..orangnya famous.. apa-apa pun Ita ucapkan terima kasih sebab sudi datang ke rumah usang Ita ini.

Jom Ita kongsikan resepinya:

BUTTER CAKE

Bahan-bahannya:

250 gm butter - Ita ada  stok buttercup dan SCS ajer..
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya :

  1. Panaskan oven.
  2. Sediakan loyang 7" X 7", alas loyang dengan kertas minyak dan sapu mentega sekelilingnya.
  3. Putar mentega dan gula hingga kembang.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Puatar lagi.
  5. Masukkan esen vanila. Putar.
  6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar sebati.
  7. Curahkan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit.
  8. Bila masak, angkat dan sejukkan di atas redai kek.
Walaa.. sedap dan lembut sangat. Adik-adik yang baru nak buat pun boleh cuba buat ya. Senang sangat tu. Nak nampak cantik, sebelum bakar, tabur dengan badam cincang atau hirisan badam.

Okey bye.. SELAMAT MENCUBA..

Comments