HARI HARI TERAKHIR RAMADAN

Assalamualaikum..



Selamat pagi. Salam Jumaat buat teman-teman dan saudara-saudara ku. Kalau dulu, (dulu-dulu lah..) terasa gembira sangat saat ramadan akan pergi kerana nak menyambut syawal yang meriah. Time-time gini dah start main bunga api, mercun dan dengar riuh rendah meriam buluh kat kampung.

Tetapi sekarang rasa itu telah pergi. Bila ramadan nak berakhir hati terasa sangat sayu dan sedih kerana merasakan belum puas lagi untuk berbuat amal kebajikan yang tentu-tentunya mendapat pahala berlipat kali ganda. Terasa sayu nak meninggalkan suasana terawih di masjid. Sayang sungguh rasanya dengan suasana itu.

Bila difikir-fikirkan balik, mungkin keadaan usia Ita yang telah tua menjadikan kita untuk terus membuat amal dan melakukan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Walaupun terkadang tanpa kita perasan ada juga perlakuan yang tidak baik terlepas pandang atau tidak sengaja  dilakukan. Terbiasa dengan sikap itu kah? emm.. mungkin juga.. Nak meluruskan balik besi yang dah bengkok, memang tak secantik dulu. Namun bila dibaiki, masih boleh digunakan lagi. Oleh itu lebih baik menjaganya sedari awal agar tidak menjadi bengkok. Begitu juga dengan kita. Kalau kita menjaga sikap kita sedari  awal, tentu sikap kita akan menjadi baik selamanya kerana kita telah menjaganya.

Walaupun, terkadang kita manusia biasa akan melakukan juga kesilapan, sekurang-kurangnya masih dalam landasan. 

Namun untuk menjadi seperti kain putih semula amatlah mustahil. Namun begitu.., alhamdulillah kita masih sempat sedar akan kesilapan kita, dan masa ini lah kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh, meminta ampun kepada manusia dan Allah di atas perbuatan kita yang kita rasakan tak kena di masa lalu. Bulan ramadan ini memberi kita peluang yang luas untuk menebus segala dosa kita yang lalu dengan beramal dan melakukan sunat taubat dengan bersungguh-sungguh. 

Jauhi hati kita dengan berburuk sangka. Jagalah hati kita agar ia sentiasa bersih dan jujur. Berdoa banyak-banyak dengan Allah, kerana kita tahu Allah maha pengasih serta penyayang. 

Seperti Ita, kalau dulu.. Ita merasakan juga didalam hati, kenapa Allah bagi Ita sakit terlalu lama. Meninggalkan kerjaya dengan bercuti sakit yang panjang. Tiada petanda ianya akan sembuh atau kembali baik seperti sediakala. Namun sekarang Ita sudah tahu hikmahnya dengan pemberiaan Allah itu. Ita sudah dapat merasakan manisnya setiap aturan Nya ini. Dan masih sempat bersyukur dan bermuhasabah diri.

Semuga kita masih sempat lagi bertemu ramadan akan datang. 


Comments

Popular Posts