HIMPUNAN 100 JUADAH RAMADAN

BUKU PANDUAN UNTUK BULAN RAMADAN


Assalamualaikum.. apa khabar dan selamat pagi semua. Semuga hari ini lebih baik dari semalam ya.. Mari lah kita sama-sama berdoa agar kehidupan kita sentiasa di lorongkan oleh Allah ke jalan yang benar. Tak de bengkok-bengkok.. hehehe..

Dah plan ke nak masak apa untuk berbuka nanti. Kepada yang menjadi pelanggan setia bazar ramadan mungkin tidak perlu memikirkannya lagi, masih terlalu awal kan.. Tapi bagi yang suka memasak Ita nak suggest kan satu buku hasil dari air tangan Ita sendiri khas untuk rujukan kawan-kawan dan adik-adik semua.

Buku ini terhasil dari himpunan resepi-resepi dari blog Ita dan ada sesetengah Ita tambah resepi baru sedikit. Dengan adanya buku ini akan memudahkan kerja didapur anda kerana tak perlu berfikir banyak, selak jer helaian demi helaian tentu ada yang berkenan untuk di masak nanti.

Masakan yang agak simple dah tidak memerlukan masa yang panjang amat sesuai pada suri rumah yang mahukan masa yang singkat didapur atau wanita atau ibu-ibu yang bekerjaya. Seperti jugak, semasa balik dari pejabat Ita tetap mahu kan anak-anak dan suami menikmati air tangan Ita. Lebih membahagiakan bila mereka amat mengemari setiap masakan Ita. 

Komen anak-anak dan suami menjadikan Ita makin bersemangat untuk menyediakan juadah yang terbaik mengikut citarasa mereka.

Semalam anak-anak Ita ke Kota Bharu Mall tiga beradik, Ita di rumah sahaja. Bila mereka pulang ke rumah, si adik berlari-lari mendapatkan Ita memberitahu buku-buku Ita ada di rak kedai buku.. Mereka gembira.. 

Bagi yang ingin mendapatkan buku Himpunan 100 Juadah Ramadan ni bolehlah dapatkannya di kedai-kedai terdekat ya. Semalam anak Ita ke kedai buku SMO (Syarikat Muda Osman), buku tu memang dah ada semenjak awal ramadan lagi.

Atau boleh juga dapatkan terus dari Ita dengan whatapp ke talian 017 976 5626. In Sha Allah Ita akan poskan. Tapi kos pos nya nak lah Ita bagitahu ya. Kos pos sebanyak RM7.30 di kenakan.

Okey hingga setakat ini sahaja semuga ianya memberi manafaat kepada kawan-kawan dan adik-adik semua.

Assalamualaikum...


Comments

Popular Posts