KETUPAT DAUN PALAS

MASA MUDA TAK PANDANG PUN.. BILA DAH TUA.. RASA SERASI PULAK DENGAN SELERA KITA..




Assalamualaikum.. apa khabar ?? Sihat tak, dah habis gembira dah?? hehehe.. namun masih ada jemputan majlis hari raya kan?? Emm.. rasanya semuanya masih dalam mood happy kan..

Kanak-kanak pulak gembira dengan hasil kutipan duit raya masing-masing. Bagi yang tua tu..jangan jelous ya.. zaman kita dah berlalu..hehehehe..

Ita seperti juga orang lain, menerima tetamu yang datang tanpa henti.. teman-teman dan rakan taulan serta saudara mara seakan sudah tahu tradisi Ita. Hari raya pertama Ita akan ke rumah orang tua dan saudara mara Ita dan hari raya ke dua, Ita pulak yang menerima tetamu. Walaupun keadaan Ita yang tak berapa sihat ni.. namun alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar dan Ita pun tak lah menyediakan banyak menu. Sekadar nasi minyak bersama ayam masak merah dan kari daging serta acar mentah. Menu sampingannya pulak Ita sediakan satay dan lontong bersama nasi Impit. Pastu kek dan biskut aje lah. Alhamdulillah.. petang tu..habis sempurna tak berbaki.

Lebih mengujakan bila kedua-dua anak perempuan Ita sudah boleh diharap untuk membuat kerja-kerja dapur termasuk memasak. Terasa ringan sedikit kepenatan Ita. Bukan apa.. Ita sendiri pun nak juga mendidik mereka sedari awal agar tahu memasak dalam kuantiti yang banyak. Nak dapat ilmu macam tu bukan senang, nak kena ambil masa juga..

Antara hidangan wajib Ita ialah ketupat daun palas. Kalau sebelum ni Ita makan ketupat daun palas yang ditempah atau yang ma (ibu) buat. Tapi tahun ni, Ita dan hubby mengambil keputusan untuk membuat sendiri. Seminggu sebelum raya hubby dah dapatkan Ita daun palas untuk dibentukkan sarung ketupat terlebih dahulu...

Nampaknya boleh lah...jadi jugak lah.. hehehe..

Sediakan daun palas. Ita beli seminggu sebelum raya lagi..





Buka lipatannya, supaya senang nanti bila kita nak isi pulut.



Bentukkan seperti ini.





Lipat tiga segi macam ni..



Lipat lagi hingga sampai ke hujungnya.





selitkan tangkainya ke dalam.




Ulang hingga habis.

Bila mahu guna nanti, buka semula dan daun senang untuk disi dengan pulut.

Jom Semak resepinya:



KETUPAT DAUN PALAS

Bahan-bahannya:
1 kilo beras pulut - rendam dahulu
350 gm santan pekat
1 1/2 cawan gula
1 cawan kacang (kalau di Kelantan kita panggil kacang ketupat)-rendam selama 4 jam
daun palas secukupnya

Cara-caranya:




  1. Masak kacang hingga lembut.
  2. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  3. Kukus pulut hingga masak.
  4. Angkat dan gaul dengan santan.
  5. Gaul lama-lama biar pulut dan santan sebati.
  6. Kukus semula pulut tadi selamat 15 minit. Angkat.
  7. Taburkan gula dan gaul rata-rata dan gaul lama-lama supaya ketupat tahan lama dan lambat basi.
  8. Bungkus ketupat dan letakkan kacang ketupat.
  9. Ikat kemas-kemas.
  10. Kukus semula selama 30 minit.
Alhamdulillah dah siap ketupat Ita. Kawan-kawan bolehlah mencubanya. Yang pasti tak mengecewakan tau.. sedap sangat bagi pengemar pulut. 

Kalau di rumah ma, selalu nya ma akan hidangkan ketupat lemak di cicah bersama air gula melaka atau daging goreng dan adakalanya dihidang juga bersama petai jeruk. Emm.. macam-macam selera orang tua kan.. Macam mana pun cara hidangannya, terserah pada citarasa kita kan. Pastikan, ketupat daun palas ni.. jangan bagi hilang dek arus kemodenan. Jangan nanti, tiba time raya hidang burger pulak..hehehe..

Kalau dulu Ita tak makan ketupat, tapi bila dah berumur macam ni..selera pun dah berubah. Kadang tu takut jugak, bila dah selera tiba-tiba jadi lain kan. kalau dulu Ita memang tak sentuh air bergas dan tak menyukainya langsung. Tapi semenjak ramadan lalu, Ita mulai menyukainya. Sedangkan ia minuman yang tak bagus untuk kesihatan. Sepatutnya bila dah tua-tua macam ni, makanan kena jaga tapi selera entah apa-apa dah..hihihihi..

Akhir kata, Ita nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA , maaf zahir dan batin. Maafkan Ita jika ada perkataan yang menyinggung perasaan kawan-kawan ya..

Assalamualaikum..



Comments