LONTONG

LONTONG YANG DIGEMARI SUAMI..


Assalamualaikum... selamat pagi semua.   Apa khabar saudara-saudara ku semua. Semuga kita semua sentiasa mendapat rahmat Nya. Sekarang bulan ramadan dah memasuki malam-malam terakhir. Jadi marilah sama-sama kita berusaha lebih untuk membuat amal kebajikan. Kurangkan waktu tidur dan lebih kan amalan-amalan kita. Berdoalah banyak-banyak tanpa rasa segan dan malu. Mintaklah semahu nya. Kerana Allah maha pengasih dan maha penyayang.

Semalam Ita tak sempat meng updatekan entri semalam, jadi sebelum Ita memulakan tugas harian Ita, nak lah Ita kongsikan dengan teman-teman semua resepi ringkas kami. Hanya lontong hidangan untuk keluarga dan air sirap limau. Tapi... Ita dapat air lagi spesial.. Air Tuak. Tak silap Ita masyarakat luar Kelantan memanggil nya air Nira. Tak pasti pulak Ita.

Setiap hari air tuak adalah minuman wajib Ita. hehehe.. tak dapat nak ku tinggalkan tabiat ini..hehehe..

Kali pertama Ita makan lontong ketika berusia 16 tahun. Masa tu belajar di Temerloh, Pahang. Ya.. hidangan yang tak pernak ma (ibu) Ita buat semasa Ita bersamanya. Sebab ia bukan makanan Kelantan. Tapi dah sedap tu.. memang menjadi hidangan permintaan lah kalau musim perayaan atau majlis kecil-kecil. Selalu juga Ita hidangkan ketika menjemput saudara mara makan atau kawan-kawan makan di rumah.

Alhamdulillah .. semuanya nampaknya berpuashati dengan  hidangan semalam. Jom kita ke resepinya ya.

LONTONG

Bahannya:

4 packet ketupat beras  (Ita guna keluaran ADABI) - direbus hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
1 biji lobak merah-potong
3 keping daun kubis-potong
2 keping tauhu-potong
1 keping tempe-potong
50 gm fucuk-rendam hingga lembut
50 gm suun - rendam hingga lembut
7 batang kacang panjang - potong
1 biji terung panjang-potong
garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis
sedikit minyak untuk menumis
500 gm udang - cuci dan bersihkan
500 gm santan pekat
2 liter air
2 biji kentang- kupas dan potong kecil
1/2 biji sekuang -potong kecil

Bahan kisar :

1 inci halia
2 sudu besar ikan bilis
2 inci kunyit 
1 inci lengkuas
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci belacan (@sebesar ibu jari)
1/2 sudu kecil jintan
3 biji cili kering




Caranya:


  1. Panaskan minyak, tumis serai dan bahan kisar.
  2. Masukkan air, bila mendidih.. masukkan udang.
  3. Masukkan garam, gula dan kiub pati ikan bilis.
  4. Masukkan santan, bila mendidih masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu serta ubi kentang.
  5. Kemudian masukkan sayur yang lembut pula.
  6. Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, suun dan fucuk. 
  7. Sesuaikan rasa.
  8. Hidang bersama sambal bilis dan nasi impit serta telur rebus.
Okey.. senang jer kan..

Boleh cuba ya..untuk hidangan berbuka nanti.

Assalamualaikum..


Comments

Popular Posts