MEE GORENG

MEE GORENG SIMPLE.. CUKUP SEBAGAI ALAS PERUT DI PAGI INI..


 Assalamualaikum.. kepada tetamu-tetamu yang datang menjengah dapur maya Ita pagi ini. Semuga anda semua dalam rahmatNya sentiasa. Alhamdulillah pagi ini, Ita masih dikurniakan rezeki untuk di nikmati bersama anak-anak, suami dan adik lelaki Ita. Walaupun ia nya tak special sangat, namun licin dan tak meninggalkan sisa langsung. Hehehee...

Ita tak punyai bekalan barang basah yang banyak jadi Ita masak apa yang ada kat peti sejuk. Kebetulan, hubby pulang lewat dari kerja semalam dan dia cuma membelikan Ita mee basah dan sedikit sawi. Jadi Ita buat mee simple-simple aje lah pada pagi ini. Kebetulan sakit kepala Ita dah berkurangan sedikit.



Adik lelaki Ita yang keluar rumah untuk ke tempat kerjanya seawal 6.30 pagi, maka Ita terpaksa menyiapkan sarapan lebih awal sedikit kerana bimbang dia tak sempat untuk bersarapan sebelum ke tempat kerja. Tak mahu dia kelaparan nanti, menjadikan Ita rasa bersalah jika dia tak sempat bersarapan sebelum ke tempat kerja. Kerjanya yang sentiasa sibuk terkadang dia terabai waktu makan tengaharinya. Sebab itu seboleh-bolehnya Ita mahu memastikan dia sudah bersarapan setelah ke tempat kerja.

Lebih kurang jam 7 pagi pulak, Adam, anak lelaki Ita akan turun untuk ke sekolah dihantar oleh si kakaknya. Nasib baik si kakak belum lagi dapat menyambung pelajarannya. In Sha Allah kalau ada rezeki bulan 9 nanti dia akan pergi meninggalkan Ita untuk menunaikan kewajipannya. Ita amat berharap jika dia dapat belajar di pusat pengajian tinggi yang tidak jauh dari tempat tinggal kami. 

Jam 7.30 pagi Si kakak ke dua pulak akan ke sekolah bersama dengan abahnya yang mahu ke tempat kerja. Tinggal Ita..huhuhu.. masa ni lah Ita akan berkarya, menghadapi PC, mengupdate blog dan membaca quran sekejap. Merancang menu yang hendak dimasak untuk tengahari dan makan malam nanti. Ita suka merancang awal-awal agar kelengkapan bahan-bahan dapat diperolehi. Tapi nampaknya hari ini, banyak bekalan sudah habis. Ita akan menulis senarai bahan-bahan yang hendak dibeli, kemudian bila si kakak akan mengambil adiknya dari sekolah nanti boleh lah dia membeli keperluan di pasaraya nanti.


Jom Ita kongsikan menu masakan Ita pagi ini ya:

MEE GORENG

Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
garam dan gula secukupnya
1 biji limau nipis/limau kasturi
1 tangkai daun sup-hiris halus
1 tangkai daun bawang-hiris halus
1/3 kiub ikan bilis
1 biji tomato-hiris bulat
1 biji timun - hiris bulat
1 tangkai sawi-potong
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji telur
2 keping tauhu-digoreng dan hiris

Bahan kisar :
1 sudu besar udang kering
1 biji tomato
3 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan kicap, sos cili, garam dan gula.
  3. Kacau rata. Masukkan pati ikan bilis.
  4. Masukkan sawi, kacau rata. 
  5. Bila sawi layu masukkan telur dan kacau cepat-cepat supaya telur hancur.
  6. Masukkan hirisan tauhu. Kacau.
  7. Masukkan mee kuning yang telah di basuh terlebih dahulu.
  8. Kacau rata. Taburkan daun bawang dan daun sup.
  9. Hidang bersam hirisan timun, tomato dan limau nipis.


Okey dah siap mee goreng yang cukup simple. Selalunya Ita akan letakkan potongan kecil ayam yang direbus terlebih dahulu bersama udang. Rasa udang akan menjadikan mee goreng lebih sedap.

Semuga perkongsian Ita ini akan memberi manafaat kepada kawan-kawan semua. Hingga jumpa lagi di lain waktu.

SELAMAT MENCUBA

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts