RENDANG DAGING

NIKMATI RENDANG DAGING DI BULAN RAMADAN..




Assalamualaikum.. selamat malam dan salam sejahtera untuk semua. Semuga anda semua sentiasa di rahmati Allah snt. Alhamdulillah bersyukur Ita kepada Nya kerana masih lagi diberi peluang untuk mengongsikan resepi yang Ita masak. 

Resepi yang nak  Ita kongsikan malam ini ialah Rendang Daging. Ita sangat mengemari rendang daging. Kalau hubby suka rendang daging ni di makan bersama pulut kuning. Tapi kali ini Ita sediakan sebagai lauk untuk juadah berbuka puasa.

Apapun Ita tetap bersyukur dengan  rezeki yang telah Allah kurniakan buat keluarga kami. Ini pun sudah memadai jika dibandingkan dengan yang tiada. Ita selalu ingat tentang itu.. 

Jom kita ke resepinya:

RENDANG DAGING

Bahannya:

1 keping asam gelugor
garam dan gula
1 sudu besar kerisik
400 gm daging - potong ikut saiz yang disukai
1 helai daun kunyit -hiris halus
4 helai daun limau purut
1/2 cawan santan pekat

Bahan kisar:

1 batang serai
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit
1/2 liter air

Caranya:

  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk.
  3. Masukkan santan, garam dan gula.
  4. Masukkan asam keping, daun kunyit dan daun limau purut.Kacau.
  5. Masukkan kerisik dan kacau rata-rata.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Kacau hingga kering.
Okey dah siap, rendang daging. Bolehlah dihidangkan bersama nasi atau pulut kuning.

Di sini nak lah Ita berpesan pada diri Ita sendiri dan kawan-kawan semua. Dalam hidup kita terkadang kita tersalah langkah dalam mengharungi arus kehidupan yang terkadangnya agak mencabar keimanan kita. Jadi marilah kita sama-sama bertaubat dan meminta ampun kepada Nya selalu semuga diampuni setiap kesalahan kita samada kesalahan yang kecil atau yang besar. Sempena bulan ramadan yang mulia ini kita sama-sama perbanyakkan amalan semuga kehidupan kita diberkati Nya. Jauh kan lah perasaan sakit hati dan dengki sesama kita. Semuga kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya.


Selamat mencuba.

Assalamualaikum.





Comments