SALAM LEBARAN

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat rakan-rakan dan tetamu dapur maya Ita. Apa khabar pagi ini ya.. Ita harap semuanya dalam lindungan Allah snt. Sebagai seorang saudara seagama, nak Ita nasihatkan agar siapa-siapa yang menpunyai masa yang terluang tu.. rajin-rajin lah buat solat sunat dhuha ya..

Emm.. dah terlewat kiranya, Ita mengupdatekan salam lebaran buat tetamu-tetamu dapur maya Ita ni. Tak banyak yang nak Ita kongsikan, sekadar mahu meminta maaf sekiranya selama anda mengenali Ita, Ita ada membuat kesilapan, terlanjur kata, tersilap langkah. Maafkan Ita ya.

Pada permulaan Ita menulis blog adalah sekadar mahu berkongsi resepi. Setiap kali teman-teman pejabat serta teman-teman di luar pejabat meminta resepi-resepi dari Ita. Ita jadi cuak memberi tahu resepi yang sama pada teman-teman yang berlainan. Dan untuk tidak menghampakan teman-teman yang Ita sentiasa sayang, Ita mengambil jalan pintas yang menyenangkan dan menjimatkan masa Ita iaitu dengan berkongsi resepi yang mereka mahukan di blog.

Alhamdulillah, walaupun follower tak berapa nak ramai tapi manafaatnya memberi ilmu kepada yang memerlukan amat mengembirakan Ita. Alhamdulillah. Ada seorang teman Ita mengadu yang teman sepejabatnya memberi resepi cream puff kepadanya dengan sukatan yang tidak tepat. Bila teman Ita ini membuatnya langsung tak jadi. Dia terus rujuk kepada Ita dan Ita memberi tahu resepi cream puff cara Ita. Tanpa fikir panjang, dia terus membuatnya. Bukan main gembira dia, bila cream puff nya menjadi dan disukai oleh anak-anaknya. Bila dia selidiki, teman pejabatnya yang memberi resepi palsu itu, sebenarnya memang di sengajakan bila mana temannya itu menyuarakan kepada teman yang lain, bahawa dia penat-penat pergi kelas berbayar takkan mudah-mudah aje mahu di kongsikan dengan orang lain.

Ya Allah, kenapa lah berfikiran seperti itu. Ilmu kalau kita kongsikan, tak habis ilmu yang ada pada kita. Ita terasa amat kasihan dengan teman Ita yang tertipu itu. Ita doakan semuga teman kepada teman itu akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah. Semuga dia tidak lagi berfikiran seperti sebelum ini. Buat teman Ita yang tertipu itu, bersabar lah dan doakan lah kepada sahabat mu itu semuga ia berubah dan tidak lagi berfikiran seperti itu.

Aih.. dah menyimpang cerita pulak Ita ni.. Sebenarnya Ita just nak mengucapkan salam lebaran buat teman-teman kesayangan Ita di sini. Semuga kita terus tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Sentiasa ingat bahawa ada yang melihat disetiap perbuatan kita. In Sha Allah kita selamat jika kita sentiasa mneginagati Nya.

Assalamualaikum..


Comments

Popular Posts