APAM

APAM YANG SEDAP DAN PADAT..


 Assalamualaikum.. salam sejahtera buat semua..

Semalam Ita tak dapat nak update blog lantaran internet problem. Sedih betul dengan service internet akhir-akhir ini. Tersangat lambat mengalahkan kura-kura turun bukit. Sedih betul. Dah lah Ita terpedaya dengan iklan-iklannya tempohari. Ita dah habis contract, pastu pihak internet ni ada lah call Ita nak suruh sambung contract. Ita bagi tahu yang Ita tak mahu sebab line sangat slow, Ita bercadang nak tukar plan. Jadi mereka cakap okey jer kalau nak tukar plan just continue contract then, nanti2 Ita boleh tukar plan.

Tapi bila Ita pergi ke kedainya, katanya Ita dah continue 2 tahun jadi Ita tak boleh tukar plan.. sedih betul lah. Nak buat macam mana ya..? Tolong please .. sapa-sapa yang tahu caranya.

Takkan nak tunggu 2 tahun lagi kan..

emm.. kita lupakan dahulu tentang ni.. meh Ita kongsikan resepi yang Ita buat beberapa hari lepas tapi tak sempat nak masukkan entri ni..

Ita buat apam simple2. Apam taklah gebu sangat, ia lebih padat dan mengeyangkan. Lembut sedikit dari muffin gitu.

APAM

2 biji telur
1 cawan gula halus
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanila
200 ml susu segar
1 sudu kecil ovalete
pewarna pin dan hijau
kertas cawan secukupnya

Caranya:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Putar gula, ovellete dan telur hingga kembang bertanduk.
  3. Masukkan esen vanila, putar lagi.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.
  6. Warnakan dengan warna pink dan hijau.
  7. Masukkan ke dalam piping beg dan picitkan kedalam mangkuk kertas kedua-dua adunan tadi.
  8. Kukus selama 20 minit dengan membalut tutup kukusan supaya air tidak menitik diatas apam tadi.
  9. Hidang suam-suam.. sedap.
Seperti yang Ita katakan, apam ni tak lah gebu sangat tapi ia sedikit padat dan dengan sebiji kita dah cepat kenyang. 

Ianya lebih sedap bila kita nikmatinya selepas sejurus angkat dari kukusan.

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM...

Comments

Popular Posts