Wednesday, 12 August 2015

AYAM MASAK KARI HIJAU

RINDU NAK MAKAN KARI HIJAU..




Assalamualaikum.. selamat malam semua. Dah makan malam ke? 

Alhamdulillah,Ita dan keluarga sudah siap makan malam. Menu kami malam ini, cuma daging goreng petai (Petai lagi!) dan ayam masak kari hijau.

Dah lama tak buat ayam masak kari hijau. Jadi terlintas di fikiran Ita untuk masak kari hijau. Alhamdulillah, anak-anak dan suami memang menyukainya.

Ita pernah mengongsikan resepi nya suatu masa dulu. Tapi kali ini Ita sertakan sekali lagi bagi yang baru mencuba untuk membuat ayam kari hijau ini ya.

Rasanya enak ini memang sesuai dengan hudangan nasi putih. Rempah kari hijau yang banyak dijual di pasar-pasar memudahkan kita untuk membuat kari hijau ini. Kalau di Kelantan ni, Ita selalu dapatkannya di RTC, Tunjong. Beli setengah kilo dapt guna berkali-kali.

Jom Ita kongsikan resepinya ya:

AYAM MASAK KARI HIJAU

500 gm ayam- (Ita potong kecil)
2 1/2 sudu besar rempah kari hijau
5 helai daun limau purut
4 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang merah-hiris
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji kentang-kupas kulit dan belah empat
garam dan gula secukupnya
200 ml santan pekat
500 ml air
minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia.
  2. masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga.
  3. Masukkan rempah kari hijau. Kacau rata.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Perlahankan api dan tutup periuk.
  5. Biar kentang dan ayam empuk.
  6. Masukkan air. Bila mendidih masukkan santan. Kacau tanpa henti supaya santan tidak berketul.
  7. Masukkan garam dan gula. sesuaikan rasa.
Okey.., itu saja perkongsian Ita untuk malam ini. 

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM..