Wednesday, 19 August 2015

AYAM MASAK LEMAK TEMPOYAK

MUSIM-MUSIM DURIAN NI..KITA ADA BANYAK TEMPOYAK.. JADI..


Assalamualaikum.. selamat tengahari.. Masak apa hari ini kawan-kawan semua.

Ita masak ringkas-ringkas lagi kali ini. Ita banyak tugasan yang hendak disiapkan. Jadi, masak pun ringkas-ringkas aje lah. Namun tetap ada rasa syukur dengan rezeki yang Allah bagi jika kita bandingkan dengan yang tiada. Alhamdulillah..

Durian yang ayah bagi memang banyak dan tak habis nak makan. Jadi Ita jadikannya tempoyak. Sebelum ni anak-anak memang tak diajar untuk makan tempoyak, mungkin Ita terlepas pandang kut.. jadi Ita asyik masak, masakan tempoyak aje.. nampaknya kena pulak dengan selera anak-anak. Terutamanya Adam, suka sangat dia kalau Ita masakkan ayam masak lemak tempoyak. Letak cili padi lebih sikit..hmm..memang bartambah-tambahlah makannya.

Jom, Ita kongsikan resepinya ya.

AYAM MASAK LEMAK TEMPOYAK

Bahan-bahannya:
400 gm ayam-potong sederhana kecil
1 batang serai-ketuk
1 biji tomato-belah empat
1/2 cawan santan pekat (Ita guna santan kotak)
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
1 keping asam gelugor

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hirisan lengkuas
2 inci kunyit
1 biji cili merah
2 biji cili padi
500 ml air
2 sudu besar tempoyak


Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Didihkan.
  2. Bila mendidih, masukkan ayam dan serai.
  3. Perlahankan api dan tutup periuk.
  4. Biar hingga ayam empuk.
  5. Bila ayam empuk, masukkan santan.
  6. Masukkan garam, gula, asam gelugor, kiub pati ayam dan sesuaikan rasa.
  7. Jika mahukan kuah yang lebih pekat, boleh lah tambah santan.
  8. Akhir sekali masukkan tomato.
  9. Hidang bersama nasi putih.
Emm.. memang sedap. Tapi pada yang tak suka durian tu, minta maaf ya..

Okey hingga jumpa lagi. In Sha Allah

ASSALAMUALAIKUM..