Monday, 17 August 2015

CINTA ATAS KERTAS

TAK SEMUA YANG KITA INGINKAN AKAN MENJADI KENYATAAN DAN TAK SEMUA YANG KITA BENCI ADALAH RACUN UNTUK KITA.. BERPRASANGKA BAIK LAH DENGAN SETIAP ATURAN DARI ALLAH..




Assalamualaikum..., salam sejahtera..semuga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah.


Dah lama tak kongsikan novel pilihan Ita. Seperti kawan-kawan sedia maklum., Ita peminat novel tegar semenjak dari tingkatan tiga lagi. Novel-novel yang Ita beli pada masa itu  masih tersimpan elok lagi. Namun semenjak akhir-akhir ini.., Ita terasa speed membaca Ita semakin perlahan. Hmmm.. makin tua kah aku..?? Kalau nak habiskan satu-satu novel tu.. ambil masa sampai berbulan-bulan.. kalau sebelum ni 5 ke 7 hari mesti dah habis.

Tapi kebetulan Ita sedikit sibuk dengan tugasan kot, tapi..emmm.. malas nak fikir. Ada masa free Ita baca, kalau nak paksa-paksa kan.. tak tahu apa cerita..sedar2 habis baca.. tak melekat langsung kat otak..hehehehe.. susah juga kan.


Novel pilihan Ita kali ini hasil air tangan Sharifah Abu Salem. Antara novelis yang Ita suka. Seingat Ita, tiada satu pun novel dia yang Ita tertinggal untuk memilikinya. Masa kerja dulu selalu jugak kawan-kawan pinjam novel Ita. Kami bergilir bercerita pulak bila kat pejabat. Tapi.., Ita tak suka meminjam buku novel orang lain sebab Ita lebih suka memilikinya dan menjadikan ianya koleksi peribadi Ita. Tapi tak pulak Ita kedekut untuk bagi kawan-kawan pinjam..

Dah lama kak Sharifah tak menulis novel.. tak silap Ita dah 3 tahun beliau berehat dari menulis novel tapi aktif menulis skrip TV. Selalu nampak namanya sebagai penulis skrip bila tengok drama bersiri kat TV petang-petang.

Novel ni.. dah habis Ita baca dan memang seperti biasa, tak mengecewakan. Kisah Adira yang sentiasa berkorban untuk orang lain. Diri sendiri yang makan hati. Namun akhirnya Adira di kurniakan Allah cinta hatinya yang dia impikan selama ini.

Nak tahu kisah penuhnya, jangan lupa miliki novel ini.

Okey bye..