CONEY DOG

CONEY DOG UNTUK ADAM, ADIK DAN AVIEN..



Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk teman-teman Ita yang sentiasa Ita sayangi dan semuga sentiasa di rahmati Allah snt. Syukur alhamdulillah, masih lagi diberi peluang menikmati pemberian dan kurniaan Nya.

Ita pagi ini kembali sibuk setelah agak lama tidak berkarya dengan resepi-resepi Ita. Setelah sibuk dengan raya dan puasa. Semalam Ita ke Pasir Puteh ke rumah saudara untuk sembang-sembang raya. Raya kami belum lagi habis. Punyai saudara mara yang ramai satu anugerah buat Ita. Sentiasa dalam lingkungan saudara-mara juga membuatkan hidup kami amat ceria. Samada sebelah mak atau ayah, sama saja sebab mak dan ayah adalah sepupu.

Ita dihidangkan dengan nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan kawan-kawannya.. OOhh,. memang sedap hingga menjilat jari. Suami dan anak-anak makan bertambah-tambah. Dihadiri nenek saudara yang lama tak jumpa kerana nenek saudara Ita walaupun dah pencen ia masih lagi aktif dan sihat. Menjadi mutawif membawa jemaah ke Mekah satu karier baru yang sangat di sukainya. Ita amat senang mendekatinya kerana dia banyak pengalaman menjadikan Ita tak pernah jemu untuk mendengar setiap patah bicaranya.



Pulang ke Kota Bharu agak lewat malam juga, kerana Ita bertolak pulang selepas solat magrib. Fikiran buntu sekejap, nak masak apa pagi, persediaan sarapan untuk Adam ke sekolah, Adik Ita dan si kakak Avien.

Terfikir untuk membuat Coney Dog kerana terasa ia amat simple dan cepat untuk disiapkan. Ita sebetulnya tak suka namanya coney dog tu tapi nak buat macam mana dah itu namanya. Kita adjust sendiri lah.., nak tak?? Kita letak nama dia Coney Cat. Boleh ajer kan.. Kan manis sikit bunyinya. Mak kita dengar pun taklah terkejut sangat kan..hihihihi..

Jom Ita kongsikan resepinya:




CONEY DOG versi CONEY CAT

Bahan-bahannya.

10 biji roti (secantiknya roti panjang)
1 biji bawang besar-cincang halus
3 biji bawang putih-cincang halus
1 biji cili merah -cincang halus
400 gm daging kisar
1 sudu besar rempah kari - bancuh dengan sedikit air
garam dan gula secukup rasa
3 keping daun salad
1 biji tomato - hiris bulat
3 sudu besar minyak masak -utk menumis
mayonis secukupnya.

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga layu.
  3. Masukkan rempah kari, kacau dan biarkan sekejap hingga kari masak.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Masukkan daging kisar dan kacau hingga masak dengan api sederhana.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Angkat dan ketepikan.
  8. Belah dua roti, jangan sampai putus.
  9. Masukkan daging kisar yang digoreng tadi.
  10. Selitkan hirisan tomato dan daun salah.
  11. Letakkan mayonis di atasnya.
  12. Sedia untuk dihidang.
Senang jer kan?? Itu lah sarapan anak-anak Ita, adik dan suami pagi ini. Namun..., ada namun nya ya.. Ita jer yang tak makan Coney dog/Coney Cat ini.. Ita nak nasi jugak. Nasib baik, ada nasi lebihan malam tadi dan lauk ayam yang mak kirim pada adik semasa dia balik rumah malam tadi. Ita memang tekak anak kampung, makanan mat saleh ni..susah sikit nak telan..hehehee...

Okey hingga ketemu lagi dilain masa ya..

SELAMAT MENCUBA

ASSLAMUALAIKUM

Comments