CUCUR JAGUNG

CUCUR JAGUNG YANG  SEDAP DAN CEPAT..

 Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk semua..


Dah dua hari tak update blog kan.. hmm.. macam tu lah mood kita, kalau kita rajin..satu hari sampai dua tiga kali kita update, kalau malas tu.. tak boleh nak buat apa dah..hehehe..

Pagi Jumaat lepas Ita ke KPJ Kuantan untuk follow up bulanan dengan doktor. Bila balik tu.. terus takde mood nak masak. Agaknya tertinggal kat sana kot mood memasak Ita ni. Jadi yang Ita nak kongsikan resepi hari ni, adalah cucur jagung yang Ita buat pada pagi Jumaat lepas sebelum bertolak ke Kuantan.

Kebetulan, ubat yang Ita makan menjadikan Ita sakit kepala sepanjang sepanjang masa, tu yang buat Ita rasa kurang semangat sikit tu.. tapi bila ke tengahari sikit rasa sakit tu berkurangan. sedangkan kalau nak ambil gambar makanan.., waktu pagi lah paling cantik bagi Ita. Kalau dah tengahari cahaya dah makin keras dan gambar jadi tak cantik dah..


Bila tak sihat macam ni, tak mahu lah cakap banyak-banyakkan. Jom kita tengok resepi sempoi Ita ini.

CUCUR JAGUNG

Bahan-bahannya:

1 cawan isi jagung yg telah direbus
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
5 sudu besar gula
secubit garam
1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil baking soda
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya:


  1. Gaulkan semua bahan hingga rata.
  2. Panaskan minyak didalam kuali.
  3. Sudukan adunan ke dalam minyak panas.
  4. Goreng hingga kekuning atau hingga masak.
  5. Toskan dan sedia untuk dihidangkan.
Aduhs!! minum dengan teh 'O' memang ngam tau..

Okey hingga jumpa lagi. Doakan semuga Ita cepat sembuh ya kawan-kawan..

Bye 

ASSALAMUALAIKUM...

Comments