CUP CAKE

TEMPAHAN CUP CAKES DARI SAHABAT YANG SUDAH DIKENALI LEBIH DARI 23 TAHUN..



Assalamualaikum... salam sejahtera untuk semua.. semuga anda semua dalam rahmat Ilahi..


Bila sahabat yang telah dikenali lebih dari 23 tahun yang lalu menghubungi Ita untuk menempah cup cakes untuk majlis raya di pejabat anaknya.. Ita terasa amat terharu bila setiap kali ia mengadakan jamuan dan menghadiri jamuan dia akan mengingati Ita. Selalu nya dia akan minta Ita buatkan cup cakes. 

Ita menganalinya semenjak tahun 1991. Masa tu kami satu office di salah satu daerah di Terengganu. Masa tu kami sama-sama anak dara lagi. Ya lah.. kami sama-sama mencari rezeki di tempat orang, tambah-tambah lagi kalau orang Kelantan kalau jumpa orang yang satu negeri di tempat orang, bertambah-tambahlah akrabnya..hehehe..

Pada tahun 1992, kami dah berjumpa jodoh masing-masing dan tahun 1993 kami sama-sama dikurniakan cahaya mata. Keakraban kami terjalin sehingga sekarang. Ita percaya kepada kejujuran. Sebab itu persahabatan kami masih baik hingga sekarang. Pada tahun 2002, suami Ita bertukar tempat kerja di Kota Bharu. Beberapa tahun kemudian dia pula bertukar ke Kota Bharu juga. Kami berjumpa kembali dan sehingga kini kami masih akrab.

Ita sebenarnya sudah kurang mengambil tempahan sekarang, lantaran kesihatan Ita yang tidak berapa baik. Tetapi bila dia meminta Ita untuk membuat kek cawan, Ita cuba adakan kerana anak-anak Ita boleh menolong Ita. 

Rasanya, Ita tak mahu menerima tempahan lagi jika anak-anak tiada nanti. Ita betul-betul mahu berehat dan memasak untuk keluarga sahaja. Suami pulak nasihatkan Ita banyak berehat dan cuba kurangkan menerima tempahan. Hmm.. kadang-kadang kalau kawan-kawan rapat nak Ita masakkan untuk mereka, Ita jadi tak sampai hati nak menolaknya.

Ooh..okey, dah panjang pulak celoteh Ita kali ini. Jom kita tengok  cup cakes yang kawan Ita tempah ya.. Pesan kawan Ita, jangan buat yang cantik-cantik sangat. Buat yang simple-simple ajer.. Dia macam faham dan tak nak menyusahkan Ita ajer gaya nya. Hihihi..





Api unggun menghangatkan badan
mengusir dingin di malam hari
apalah artinya kita berkawan
kalau tidak saling berbagi


Okey hingga jumpa lagi ya..
semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Nya.

Assalamualaikum...

rujukan pantun:http://pantunseribu.blogspot.com/2014/09/berkawan.html

Comments

Popular Posts