DAGING GORENG PETAI

ADUH!! PETAI LAGI.. TAK HABIS-HABIS STOK PETAI KAT RUMAH..



Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk semua. Semuga semuanya dalam rahmat Allah sentiasa. Dah masak apa tengahari ini. Emm.. Ita banyak yang dimasak hari ini. kebetulan ada resepi yang nak dihantar kepada majalah masakan. Nantikan ya.. nanti Ita akan upatekan nanti.

Diberi peluang memenuhi sebahagian ruang resepi amat terharu sekali. Bila hasil air tangan Ita menjadi sebuah perkongsian dengan orang ramai. Tiada istilah kedekut ilmu dalam diary kehidupan Ita. Malah Ita gembira jika dapat memberi sedikit ilmu kepada yang memerlukan. Ilmu tak akan habis pada Ita jika Ita berkongsi dengan orang lain malah ia mungkin menjadi pulangan dalam bentuk lain pula. Siapa tahukan. dapat juga pahala untuk Ita dengan berkongsikan ilmu yang kita ada.

Emm.. hari ni.. masih cerita petai lagi. Petai Ita masih banyak stok di rumah. nak menghabiskannya memang mengambil masa sebab Ita tak guna banyak pada satu-satu masa. Bimbang memberi bau yang kurang enak dikalangan kami. Jadi Ita amat berhati-hati dengan kuantiti yang digunakan nya. hehehehe... tak mahu bila bercakap sesama kami asyik bau petai aje kan..hihihihi...

Apa pun, mari Ita kongsikan resepi hidangan tengahari Ita kali ini. Daging Goreng Petai. Resepi ini Ita olah kan dari resepi ma (ibu Ita). Ma selalu goreng daging macam ni, jadi Ita tambah petai, nampaknya menjadi..., sedap sangat. Ya Allah..best giler..


Jom lah, nampaknya dah tak sabar-sabar lagi menanti resepinya ya.. Jangan tengok resepinya ajer tau.. buat terus !! lepas ni.. 

DAGING GORENG PETAI

Bahan-bahannya:
500 gm daging-potong kecil
1 biji bawang besar-potong bulat
1 biji tomato-belah enam
3 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan petai
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Daging digaul bersama garam dan letak didalam kuali.
  2. Perlahankan api dan tutup kuali. Biar daging empuk dan air kering.
  3. Bila air kering masukkan minyak, anggaran 4-5 sudu besar.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau hingga bawang layu.
  5. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau.
  6. Masukkan bawang besar, tomato dan petai.
  7. Tabur gula kacau.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Boleh dihidang bersama nasi putih.

Okey.. itu saja perkongsian Ita kali ini semuga ketemu lagi dilain waktu. Ita nak sambung masak lagi.

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM..

Comments