Monday, 3 August 2015

DAGING MASAK HALIA

HUBBY ORDER DAGING MASAK HALIA..




Assalamualaikum..  salam sejahtera buat pengunjung blog Ita. Terima kasih kerana sudi bertandang. Jenguk-jenguk lah ya.. mana menu yang berkenan tu..

Bila Hubby buat pesanan nak makan daging masak halia. Ita rasa nak tersenyum ajer.. Mana tak nya. Selalu nya dia makan aje apa yang Ita masak. Dan selalunya semuanya dia hentam saja tanpa banyak cakap. Tapi kali ini dia bagitahu nak makan daging masak halia.. Aduhs! siannya. Kempunan ke apa cik abang Ita ni.

Bila adik balik jer dari tempat kerja, Ita hidangkan daging masak halia ni dengan tom yam seafood. Adik Ita juga menyukai daging masak halia ini. Emm.. sedap lah tu.. Bertambah-tambah makan nasi. Nak2 kalau nasi panas-panas kan.. emm.. memang tak pandang belakang..

Jom Ita kongsikan resepinya dengan teman-teman semua.

DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahannya:
400 gm daging -dihiris
4 inci halia-potong memanjang
3 biji bawang merah-hiris
3 biji bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-potong bulat
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato-belah empat
1 biji cili merah-hiris
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-caranya:

  1. Daging digaul bersama garam dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Perlahankan api dan tutup kuali.
  3. Biar hingga daging empuk dan air kering.
  4. Masukkan minyak masak. Kacau.
  5. Masukkan bawang putih, bawang merah serta halia. Kacau rata.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan gula. kacau.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan tomato.
  8. Angkat. Hidang bersama nasi putih.
Daging masak halia, kalau lebihkan halia akan terasa kesedapannya. 

Okey hingga jumpa lagi.

SELAMAT MENCUBA

ASSALAMUALAIKUM.