DURIAN CREPE
TAK SANGKA ANAK-ANAK SUKAKANNYA..
Assalamualaikum...
DURIA CREPE
Bahan-bahannya:
6 ulas durian
1 cawan Non-diary whipping cream
2 1/ 2 cawan gandum
3 biji telur
550 ml santan
pewarna kuning
secubit garam
Caranya:
Kisar gandum, santan, telur, pewarna dan garam hingga sebati.
Tapiskan.
Sediakan kuali leper non stick, sapu minyak dan curahkan adunan satu senduk dan goyangkan kuali.
Bila masak, angkat. Ulang hingga habis.
Dalam mangkuk, putar non-diary whipping cream hingga kental.
Gaul dengan isi durian, lalu sudukan ke atas crepe dan lipat.
Ulang hingga crepe habis.
Simpan di dalam peti ais.
Okey.., nanti boleh buat durian crepe untuk orang-orang tersayang ya.
Kalau nak hidang untuk tetamu tu, rasanya kena tanya dulu sebab sesetengah orang, ada yang tak makan durian crepe ni.
Okey.., hingga jumpa lagi.
ASSALAMUALAIKUM..
Assalamualaikum...
Selamat petang, apa khabar semua. dah balik kerja atau masih di pejabat. Hurmm.. Ita macam selalu.. bila petang macam ni dah siap hidangan minum petang untuk menanti suami dan anak-anak pulang. Saat yang paling membahagiakan, bila lihat suami dan anak-anak pulang ke rumah. Sebab tu kalau penat sikit pun nak jugak sediakan minum petang untuk mereka. Nak hargai mereka dengan hidangan ringan sebelum tiba hidangan makan malam.
Musim durian yang masih lagi rancak sekarang menjadikan stok durian tersangat banyak di rumah. Setiap minggu sampai jer stok durian dari kampung. Kadang kala tak habis nak makan kalau tak di panjangkan sedekah kepada jiran tetangga atau kawan-kawan.
Tapi kali ini, Ita cuba bertukar selera dengan menyediakan durian crepe untuk suami dan anak-anak. Boleh tahan juga rasanya, cuma anak perempuan Ita, Avien dan adik lelaki Ita yang tak berapa gemarkan durian crepe ini. Ermm.. takpe.. kita bagi kepada yang gemarkannya sahaja ya.
Kepada kawan-kawan dan adik-adik yang nak mencuba resepi durian crepe, boleh lah menggunakan resepi di bawah ya.
DURIA CREPE
Bahan-bahannya:
6 ulas durian
1 cawan Non-diary whipping cream
2 1/ 2 cawan gandum
3 biji telur
550 ml santan
pewarna kuning
secubit garam
Caranya:
Kisar gandum, santan, telur, pewarna dan garam hingga sebati.
Tapiskan.
Sediakan kuali leper non stick, sapu minyak dan curahkan adunan satu senduk dan goyangkan kuali.
Bila masak, angkat. Ulang hingga habis.
Dalam mangkuk, putar non-diary whipping cream hingga kental.
Gaul dengan isi durian, lalu sudukan ke atas crepe dan lipat.
Ulang hingga crepe habis.
Simpan di dalam peti ais.
Okey.., nanti boleh buat durian crepe untuk orang-orang tersayang ya.
Kalau nak hidang untuk tetamu tu, rasanya kena tanya dulu sebab sesetengah orang, ada yang tak makan durian crepe ni.
Okey.., hingga jumpa lagi.
ASSALAMUALAIKUM..
Comments
Post a Comment