Monday, 10 August 2015

GULAI LEMAK IKAN KELI

MENGAMIT  KENANGAN LAMA..




Assalamualaikum... salam sejahtera dan selamat pagi untuk semua. Beberapa hari jugaklah Ita tak updatekan blog kesayangan ini. Bukan malas atau takde N3 yang nak diupdatekan tapi kesihatan yang tidak berapa nak baik menjadikan mood Ita lari entah kemana.

4-5 hari ni asyik batuk-batuk yang berpanjangan sahaja. Sampai tidur malam selalu terganggu jer. Ubat harian pun dah tak termampu nak telan, ini kan pulak nak tambah ubat batuk lagi. Rasa-rasanya kenyang dengan ubat jer Ita kali ini.

Tapi bila kebiasaan kita menjadi terhenti, tentu-tentulah rasa rindu menjengah diri kan. Rasa rindu pulak bila lama tak update blog ni. Walhal, baru berapa hari jer..hehehee.. Banyak pulak N3 yang terkumpul bila lama tak update ni. Masak tetap masak tau,.. walaupun tak kesihatan tak berapa nak baik..

Pagi ini Ita nak sharekan resepi gulai lemak ikan keli. Ikan keli ni, kalau ma Ita, masa kecil-kecil dahulu.., ma (ibu)akan buat dua jenis jer.. gulai lemak atau goreng kunyit. Itu pun dah sedap bukan main lagi. Bertambah-tambah jugak makannya kami adik beradik. Tapi.., sekarang ikan keli rata-rata orang makan bukan setakat orang kampung macam Ita jer, orang bandar yang moden pun dah makan.

Jadi bila gulai ikan keli jer, Ita mesti teringat kenangan 40 tahun yang lalu..hmmm.. banyak nostagia  betul.. rindu lak nak balik ke zaman tu.. Kalau dulu ayah bawa balik ikan keli yang masih hidup dan ma akan simpan dalam tempayan atau besin. Bila nak makan aje baru ambik dan matikan dia dengan ketuk-ketuk di kepalanya. Lepas tu baru boleh menyiangkan dia. Makan fresh-fresh gitu..

Mari Ita kongsikan resepinya ya.


GULAI LEMAK IKAN KELI

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan keli-potong tiga
1 keping asam gelugor
1 ikat daun kesum - nak banyak tambah ikut suka ya..
1 kotak santan KARA (200 ml)
1 liter air
garam dan gula

Bahan kisar:
3 biji cili kering
1 inci lengkuas
4 biji bawang merah
1 inci kunyit

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk.
  2. Masukkan daun kesum. Biar hingga daun kesum layu.
  3. Masukkan santan, garam, asam keping dan gula. Kacau perlahan-lahan sentiasa supaya santan tidak berketul.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan keli.
  5. Bila ikan masak, bolehlah di angkat.
  6. Hidang bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
Hmmm.. sedapkan. Rasa pedas-pedas daun kesum.. adooi.. memang sedap sungguh. Nak-nak kalau makan kat kebun tepi sungai.. memang jiwang betul kalau di ingat-ingatkan.

Okey, hingga jumpa lagi In Sha Allah..

SELAMAT MENCUBA.

ASSALAMUALAIKUM..