GULAI LEMAK UDANG

GULAI LEMAK UDANG


Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk semua.

Harapan Ita semuga semuanya dalam rahmat Allah snt.

Petang ini Ita nak kongsikan Gulai Lemak Udang yang Ita buat semalam. Tak sempat nak update, hari ni baru ada kesempatan. Oleh kerana sudah setahun Ita cuti sakit, banyak perkara yang Ita perlu buat untuk mengupdatekan kesihatan pada majikan dan mengisi beberapa borang insuran yang sepatutnya Ita tuntut.

Banyak dokumen yang harus Ita sediakan. Ita sudah boleh menerima takdir Tuhan dengan lapang dada sekarang berbanding beberapa bulan dahulu. Bila Ita perhatikan, walaupun Ita tak sihat seperti orang lain, tapi Ita masih lagi diberi keselesaan untuk meneruskan hidup. Kalau dulu Ita terasa sedikit takut akan masa depan Ita. Suami banyak memberi semangat.

Takut akan kehilangan pekerjaan dan tahap kesihatan semakin teruk. Semuanya buat Ita rasa gelisah dan tak tenteram. Percaya lah kalau anda juga ada merasa sedemikian. Ianya sementara sahaja. Kalau kita sentiasa ingat Allah selalu, In Sha Allah itu cuma sementara. Lama kelamaan Tuhan akan bagi juga, ruang bahagia untuk kita. Kita akan merasa ketenangan yang tak pernah kita rasa asalkan kita reda dengan setiap sesuatu yang sudah di aturkan Nya. 

Ya.. Ita faham, kita hidup bukan menongkat langit, sampai masa akan pergi juga ke tempat yang kekal. Yang dekat sana tu.. yang kena bawa bekalan banyak-banyak. Jadi kalau diconggak-conggakkan.. tinggal tak banyak masa dah.. hanya tuhan yang tahu kan..


Bila anak lelaki Ita, Adam meminta Ita menyediakan masakan udang, Ita terlintas nak membuat gulai lemak udang. Mengajak suami ke RTC di Tunjong, Kota Bharu untuk mendapatkan udang segar dan murah. Ita beli sebiji nenas untuk digandingkan dengan udang nanti. Ternyata bukan usaha yang sia-sia bila kesedapannya terserlah, gulai lemak udang ini licin satu periuk kecil, hehehehe.. sedapnya..bertambah-tambah kami makan nasi kelmarin.

Jom Ita share kan resepinya ya..

GULAI LEMAK UDANG

Bahan-bahannya:
500 gm udang galah- bersih dan toskan
1/2 biji nenas kecil-potong kecil
200 ml santan kotak (Ita guna brand KARA)
800 ml air (kalau nak cair 1 liter air)
garam dan gula

Bahan kisar:
1 inci lengkuas
3 biji cili kering
2 inci halia
1 sudu besar udang kering
1 biji buah keras
secubit belacan
4 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan nenas, perlahankan api.
  3. Bila mendidih, masukkan garam gula dan santan. Kacau.
  4. Masukkan udang, kacau perlahan-lahan.
  5. Sesuaikan rasa.
  6. Bila mendidih, tutup periuk.
Mudah jer kan,... jom lah cuba.. jangan tak cuba.. sedap.. Hari ini pun masih teringat lagi.. tak puas makan semalam..hehehe..

Okey, bye..hingga jumpa lagi.

ASSALAMUALAIKUM..


Comments