KARI KEPALA IKAN

KAMI BERDUA AJE YANG MAKAN...


Assalamualaikum.. selamat tengahari.. apa khabar? 


Ita hari ni terasa nak makan kari.. maklumlah, anak anak Ita sukakan kari. Oleh kerana Ita berdua aje yang lunch tengahri ni, jadi Ita cuma masak separuh ikan sahaja. Si Avien dan Adam pulang lewat hari ni.  Jadi tak mahu membazir, Ita buat sedikit sahaja.


Cukuplah untuk kami berdua. nanti petang masak yang lain pulak untuk makan malam ketika berkumpul ramai-ramai nanti. Ita lebih suka kalau masakan di hidang panas-panas dan semua ahli keluarga berkumpul. Best..

Jom Ita kongsikan resepinya:

KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ikan siakap - bahagian kepala
2 sudu besar rempah kari- dibancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
300 ml air
1 biji tomato-potong baji
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan daun kari. Kacau.
  4. Masukkan rempah  kari yang telah dibancuh.
  5. Perlahankan api, biar hingga terbit minyak.
  6. Masukkan air dan cili kisar.
  7. Bila mendidih, masukkan ikan. Tunggu hingga ikan separuh masak masukkan santan.
  8. Masukkan garam dan gula. Kacau.
  9. Masukkan tomato dan sesuaikan rasa.



Okey, .. jom makan..

Selamat mencuba.

ASSALAMUALAIKUM..

Comments