LALA MASAK SERAI

LALA YANG UNIK..


Assalamualaikum.. salam sejahtera. Semuga kawan-kawan semua dalam rahmat Allah.

Hmm.. hujung minggu macam ni, kemana haluan kawan-kawan semua. Jalan-jalan cari makan ke..?

Oleh kerana semua orang kat rumah Ita ada rancangan masing-masing tinggal lah Ita keseorangan di rumah. Hmm.. apalagi, masak ringkas-ringkas jer lah. Tak mahu membazir Ita cuma buat sedikit nasi tomato hari ini. Resepi lala ni.. Ita dah buat beberapa hari lepas bersama masakan udang tapi tak sempat nak update.

Suami ke kebun memungut durian, mungkin petang baru pulang. Si kakak pulak ke rumah kawannya menghantar kek kahwin yang ditempah kawan nya dan mungkin pulang lewat jugak. Si Avin, anak kedua Ita bersekolah hari ni. Dan Adam pulak ikut Pak Su nya ke kedai aksesori kereta. Hmm..tinggal Ita keseorangan.

Apa pun, Ita dah biasa keseorangan. Jadi tiada lain yang dapat Ita buat selain menghadap komputer dan memikirkan resepi apa pulak yang Ita nak masak esok..hihihhi..

Jom lah Ita share kan resepi lala ni ya.

LALA GORENG BERSERAI

800 gm lala
3 biji bawang merah-hiris
2 biji bawang putih-hiris
1 sudu besar kicap pekat manis
2 batang serai-dihiris
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 inci halia-hiris
1 biji cili merah-hiris
garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan bawang putih.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan serai dan cili merah.
  4. Masukkan lala, kacau rata.
  5. Perlahankan api dan tutup periuk.
  6. Bila lala terbuka semua, boleh lah di angkat.
  7. Jangan masak terlalu lama kerana isi nya akan mengecut.



Okey.. mudah aje kan.

Okey ya.. semuga jumpa lagi dan selamat mencuba.

ASSALAMUALAIKUM...

Comments

Popular Posts