Sunday, 2 August 2015

MAKARONI GORENG

MAKARONI GORENG PILIHAN ITA DI PAGI INI..



Assalamualaikum... salam sejahtera buat teman-teman semua.


Breakfast apa dah pagi ini.. emm.. Ita macam biasalah.. pagi-pagi agak kalut sedikit. Ramai ahli rumah ni yang keluar awal, jadi kena masak yang ringkas-ringkas aje lah supaya biar semuanya sempat makan pagi sebelum memulakan tugas masing-masing. Ita mengambil keputusan untuk masak seringkas mungkin.

Makaroni goreng menjadi pilihan Ita pagi ini. Alhamdulillah nampaknya semuanya suka. Jom Ita kongsikan resepinya.

Makaroni Goreng

Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan makaroni
1 sudu besar marjerin
1 ikat sawi-potong
4 sudu besar minyak
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
1/2 kiub pati ayam
garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

3 biji cili kering
1 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1/2 biji tomato
250 gm daging
1 sudu besar udang kering
3 biji bawang putih

Cara-caranya:

  1. Rebus makaroni bersama marjerin hingga lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bahan kisar.
  4. Masukkan kicap dan sos cili. Kacau rata.
  5. Masukkan garam, gula dan kiub ayam.
  6. Masukkan sawi.
  7. Akhir sekali masukkan makaroni dan kacau rata.
  8. Sesuaikan rasa.

Okey, untuk membuat makaroni goreng, Ita lebih suka daging dikisar sekali bersama bawang dan udang kering. 


Jangan kata Ita lupa pulak, sebab dalam gambar ada udang. Udang tu yang Ita masak tom yam seafood malam tadi. Masih ada berbaki. Ambil udangnya saja untuk dimakan dengan makaroni goreng ya..

Semuga menjadi panduan kepada peminat makaroni.

SELAMAT MENCUBA.

ASSALAMUALAIKUM.