MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU

 AKHIR-AKHIR INI.. MASAKANKAMPUNG JUGAK JADI PILIHAN..



Assalamualaikum... apa khabar ?? selamat petang semua. Buat apa ya petang-petang macam ni.. sedang rehat-rehat tunggu suami dan anak-anak pulang ya.. emm.. dah masak apa untuk diaorang?


Ita dah siap masakkan untuk suami dan anak-anak.. Suami selalu nya tak lunch kat pejabat.., jadi bila balik rumah terus ke dapur untuk makan malam. Makan malam kami selalu seawal jam 7 petang. Bila nak tidur malam takde lah kenyang sangat kan. Just.., minum secawan teh atau nescafe sebelum tidur.

Hari ini Ita nak kongsikan satu masakan kampung lagi. 

Akhir-akhir ini anak-anak mulai gemar masakan kampung. Agaknya sebab Ita kerap sangat buat masakan kampung.. anak-anak dah jadi tersuka. Begitu juga dengan Adam.. walaupun dia selalu kebaratan sikit makanan nya, namun bila Ita sediakan Ayam masak lemak tempoyak.. sedap pulak katanya. Alhamdulillah, mudah kerja Ita. Takdelah nanti kena masak berbagai jenis hidangan untuk keluarga yang kecil.

Jom Ita kongsikan resepi Ita hari ini ya..

MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU

Bahan-bahannya:

1 ikat pucuk paku
1 cawan udang yang sederhana kecil- cuci dan buang kepala
500 ml  santan
1 biji cili merah
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula

Bahan-bahan kisar:

3 biji bawang merah
1/2  inci lengkuas
1 sudu besar udang kering
3 biji cili kering
2 inci kunyit
2 biji cili api

Cara-caranya : 

  1. Pucuk paku di bersih dan potong.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  3. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
  5. Masukkan pucuk paku, biar pucuk paku lembut.
  6. Masukkan udang. Jangan lama, nanti udang akan kecut.
  7. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  8. Akhir sekali masukkan cili merah.
  9. Hidangkan.



Masak lemak ini kalau mahu kurang pedas boleh kurang kan cili padi. Sesetengah orang tak mahu yang pedas sangat. Sama juga dengan kat rumah Ita, selalu nya hubby akan ingatkan jangan masak pedas-pedas.. kadang tu, Ita terdegil juga.. sebab Ita memang suka pedas. Cili padi memang barang yang wajib ada kat dalam peti ais. Nantikan senang nak makan budu. Kalau takde cili padi memang tak best lah nak makan budu..hehehe..

Okey mohon berundur diri dulu ya. semuga jumpa lagi dilain masa.


ASSALAMUALAIKUM..


Comments

Popular Posts