MASAK LEMAK TAUGE BERSAMA TAUHU

MASAK LEMAK YANG MENYELERAKAN..




Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk semua. Semuga semuanya dalam rahmat Allah snt sentiasa.


Ita di Kota Bharu masih dalam mood tak sihat. Namun, tugas kena di teruskan juga. Tak dapat buat istimewa pun tak apa asalkan sempurna dan selera pada anak-anak. Alhamdulillah. Dah dua hari tak masak, nampaknya hari ni..kena masak. Bingit telinga Ita mendengar periuk belanga didapur memanggil-manggil..hehehe..

Mana nak pergi jauh-jauh mood masak, kalau dah sebati dalam diri kan.. paling lama pun dua tiga hari..kembali lah ia. Anak-anak pun meronta-ronta dah tak mahu makan nasi yang di beli kat luar. Dah terbiasa air tangan mak nya.

Lagi pun, nak masak taklah susah sangat.. paling malas dadarkan aje telur pastu buat lah sup sikit.. memang laju jer selera anak-anak.. 

Petang ni Ita siap kan masak lemak taugeh dan daging goreng sebagai hidangan makan malam kami. Masakannya tersangatlah simple dan cepat serta jimat belanja.

Cuma taugeh satu ringgit, setengah biji lobak merah dan sekeping tauhu.. pastu aksesori lain macam cili gitu jer. Janji anak-anak selera nak makan. Kita sebagai maknya paling takut kalau masakan kita tak kena dengan selera anak-anak kan..  Adik Ita  tu..pulak, sangat simple orang nya. Dia makan apa saja lauk pauk yang Ita masak tapi cuma dia tak makan ikan.  So alhamdulillah, senang kerja kan.

Jom Ita sharekan resepinya:

MASAK LEMAK TAUGE BERSAMA TAUHU

Bahan-bahannya:

taugeh seringgit (lebih kurang satu mangkuk besar)
1/2 biji lobak merah-potong separuh bulat
1 keping tauhu-potong kecil
1 biji cili merah-hiris panjang
1 biji cili hijau-hiris panjang
1 cawan santan pekat 
1 sudu kecil garam
1 keping asam gelugor

bahan kisar:

1 ekor ikan-direbus terlebih dahulu
1 sudu besar lada hitam
4 biji bawang merah
1 liter air

Cara-caranya:


  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama lobak merah.
  2. Masukkan garam dan asam keping.
  3. Bila mendidih masukkan santan.
  4. Kacau selalu supaya santan tak berketul.
  5. masukkan taugeh, tauhu, cili merah dan cili hijau.
  6. masak sekejap sahaja supaya taugeh tak lembik.
  7. Tutup api dan boleh lah dihidangkan.
  8. Enak jika gandingan lauk daging goreng/telur dadar atau ikan kering goreng garing.


Kalau letak udang lagi sedap tapi Ita tak ada stok udang. Maklumlah sekarang tak macam dulu.., rasa nak makan terus keluar ke pasar. Sekarang banyak bergantung kepada suami dan anak untuk keluar rumah. Ita tak boleh memandu lagi. Pergerakkan agak terbatas. Jadi redalah apa yang ada di rumahkan...

Okey hingga jumpa lagi dilain waktu semuga ia nya memberi manafaat kepada yang memerlukan. Ita menulis bukan kerana nama kerana sifat kasih pada sesama insan..

Assalamaualaikum.. 



Comments

Popular Posts