MEE GORENG

BRAEKFAST DENGAN MEE GORENG..


Assalamualaikum.. slam sejahtera untuk teman-teman semua. Semuga hari ini, kita sentiasa dalam lindungan Nya.

Alhamdulillah, dapat kita menikmati rezeki Allah lagi hari ini. Pagi ini Ita cuma mahu share mee goreng yang sangat simple. Ramai yang mahukan resepi yang simple-simple sahaja sekarang kan.. nak kejar masa, jimat bahan dan cepat untuk disedakan.

Walaupun simple namun, kesadapan nya kena di ambil kira juga kan..

Jom..tak mahu lengah-lengah..Ita akan kongsikan resepi nya.

MEE GORENG

Bahan-bahannya:

300 gm mee kuning
1 ikat sawi-potong
garam dan gula secukupnya
10 ekor udang-yang kecil
1 biji telur
1 sudu sos cili
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar cili kisar
minyak untuk menumis

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 biji cili merah
1/2 sudu besar udang kering

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos cili, garam, cili kisar dan gula.
  4. Kacau rata. Masukkan udang, tunggu hingga udang masak.
  5. Tolak ketepi bahan tumis tadi, pecahkan telur. Kacau laju supaya telur hancur.
  6. Masukkan sayur dan kacau rata.
  7. Akhir sekali masukkan mee dan kacau rata-rata.
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Sedia untuk dihidang.

Okey dah siap, nanti bolehlah di cuba ya..

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts